SPORTS
Dimitri Payet didakwa paksa kekasih minum air kencing sendiri

Larissa Ferrari juga tidak berselindung menyatakan dia dipukul oleh pemain kebangsaan Perancis itu. - Stadium Astro
"Dia mahu saya membuktikan cinta terhadapnya. Saya merakamkan video diri sendiri meminum air kencing sendiri, minum air mangkuk tandas dan menjilat lantai".
Itulah dakwaan yang dilaporkan oleh seorang wanita yang mengaku pernah menjalinkan hubungan istimewa bersama bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Dimitri Payet, sebelum ini.
Media antarabangsa Brazil mendedahkan bahawa Larissa Ferrari secara terbuka membuat aduan kepada pihak berwajib terhadap bekas pemain West Ham United itu yang melakukan serangan fizikal dan psikologi ke atas dirinya.
Larissa Ferrari juga tidak berselindung menyatakan dia dipukul oleh pemain kebangsaan Perancis itu sehingga meninggalkan kesan pada tubuh badan, selain penderaan moral dan seksual juga berlaku dalam masa sama.
Menurut sumber, siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui butiran lebih lanjut mengenai kes itu.
Larissa Ferrari memberitahu dia mengenali Payet menerusi Instagram pada tahun lalu dan menjalinkan hubungan romantik, meskipun Payet sudah mendirikan rumah tangga.
Setakat kemas kini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada Payet mahupun kelabnya untuk memberikan sebarang maklum balas. - Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami