awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Jenjarom
Lelaki Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Bandar Penawar
Keadaan banjir di tiga negeri tidak banyak berubah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DNA Ronaldo pada gaun mangsa dakwa dirogol?

Agensi
Agensi
11/01/2019
09:10 MYT
DNA Ronaldo pada gaun mangsa dakwa dirogol?
Ronaldo, 33, sehingga kini tidak mengaku bersalah dan sebelum ini berkata menerusi peguam bahawa hubungan seksnya dengan wanita terbabit adalah atas dasar suka sama suka. - AP Photo/Luca Bruno
Polis Nevada Amerika Syarikat telah memohon secara rasmi kepada pihak berkuasa Itali untuk mendapatkan sampel DNA dari bintang bola sepak Portugal dan Juventus, Cristiano Ronaldo bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol seorang wanita hampir 10 tahun yang lalu di Las Vegas.
Langkah yang dikatakan dapat membantu memberi jawapan pasti kepada kes itu.
Ronaldo, 33, sehingga kini tidak mengaku bersalah dan sebelum ini berkata menerusi peguamnya bahawa hubungan seksnya dengan wanita terbabit adalah atas dasar suka sama suka.
BACA: Majalah Jerman berdepan saman selepas lapor dakwaan wanita dirogol Cristiano Ronaldo
Tuduhan rogol itu timbul pada September tahun lalu selepas wanita yang pernah didampingi Ronaldo, Kathryn Mayorga memfailkan saman terhadapnya di Nevada menuduh Ronaldo merogolnya di sebuah hotel pada 2009, sebelum membayar Mayorga AS$375,000 untuk menutup mulut.
Peguam Mayorgha kemudiannya menuntut AS$200,000 dalam bentuk pampasan dan membatalkan satu perjanjian ‘tidak mendedahkan’ yang didakwa ditandatangani secara paksa.
Sementara itu WSJ melaporkan pihak berkuasa Nevada sedang memohon sampel DNA Ronaldo bagi memadankannya dengan sampel daripada sepasang baju yang dipakai Mayorga pada malam kejadian didakwa berlaku.
Pakaian itu dikatakan kini berada di pihak penyiasat.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Cristiano Ronaldo
#DNA
#Kathryn Mayorga
#Nevada
#rogol
#siasatan
#Wall Street Journal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan