DULUNYA sang legenda bola sepak tanah air ini antara wira yang membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980, tetapi dia kini berdepan dengan ujian paling besar dalam hidupnya.
Khalid Ali Hassan disahkan menghidap barah paru-paru.
Bukan itu sahaja, dia kini menanti penuh debar apakah kanser yang dihidapinya sudah melepasi tahap kritikal.
Kanser itu dikesan selepas Khalid mula mengalami gejala batuk tanpa henti sebelum mengatur pertemuan dengan pakar perubatan bagi memastikan tiada yang serius.
Namun, tanpa diduga doktor membawa perkhabaran yang meruntun jiwanya apabila dia disahkan mengidap barah paru-paru selepas melalui proses pengesanan awal.
Khalid tidak mampu memberikan reaksi dan hanya menerima berita ini dengan perasaan yang sangat mengejutkan.
"Penyakit ini agak serius, doktor kata saya agak kuat tapi apabila saya dengar penyakit, saya berasa lemah.
"Tapi saya akan tetap berjuang. Penyakit ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan, begitu juga semangat.
"Doktor nampak saya kuat tapi dia tidak tahu bahawa saya lemah. Yalah, penyakit yang paling ditakuti.
"Saya minta doa daripada netizen supaya Allah permudahkan penyakit ini dan berikan saya kesihatan yang baik.
"Tentang warga maya yang marahkan saya, itu soal bola sepak. Saya juga perlukan doa daripada mereka," katanya di kediamannya.
Dalam pada itu Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Noorul Ariffin, yang juga turut bersama Khalid mendapatkan pemeriksaan di hospital yakin dia mampu melalui tempoh sukar ini.
"Kami membawanya ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan awal, kemudian kami mendapati paru-parunya ada ketumbuhan.
"Kami merujuknya kepada PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) dan sejauh manakah serius tahap penyakitnya.
"Yakeb akan membantunya daripada segi rawatannya," katanya pula. - Stadium Astro
Astro Arena
Sun Apr 02 2023
Kanser itu dikesan selepas Khalid mula mengalami gejala batuk tanpa henti. - Stadium Astro
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Doa buat Khalid Ali
Khalid Ali berdepan dengan ujian paling besar dalam hidupnya selepas disahkan menghidap barah paru-paru.