awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dollah Salleh mahu lakukan perubahan drastik dalam skuad kebangsaan

Astro Arena
Astro Arena
10/08/2014
06:03 MYT
Dollah Salleh mahu lakukan perubahan drastik dalam skuad kebangsaan
DOLLAH SALLEH: Sesiapa sahaja mampu berada dalam skuad negara andai mereka mampu buktikan layak menyarung jersi kebangsaan
Jurulatih negara Dollah Salleh dikatakan akan melakukan perubahan drastik dalam skuad bola sepak kebangsaan.
Beliau nyata tidak gembira dengan aksi pemain pilihannya di Dushanbe menentang Tajikistan pada Jumaat lepas.
Ternyata Dollah perlu melakukan perubahan drastik selepas melihat skuad bimbingannya kalah teruk 4-1 kepada Tajikistan sekali gus permulaan buruk dalam kariernya selaku jurulatih kebangsaan.
Dollah tidak akan hanya menumpukan kepada nama nama baru yang sedang meningkat naik, malahan beberapa nama pemain senior turut berada dalam fikirannya termasuk kelibat Indra Putra Mahyuddin, Hairuddin Omar mahupun Shukor Adan.
Namun segalanya bergantung kepada prestasi semasa terutama pada saingan Piala Malaysia yang bermula Rabu ini.
Bagi Dollah sesiapa sahaja mampu berada dalam skuad negara andai mereka mampu membuktikan mereka layak menyarung jersi kebangsaan ketika umur diletakkan sebagai kriteria kedua.
Aksi di Dushabe pada Jumaat gagal menghadirkan langkah kanan untuk skuad negara ketika Malaysia semakin kesuntukan masa untuk persediaan menghadapi saingan Piala AFF hujung tahun ini.
Topic Berkaitan
#Dollah Salleh
#Dushanbe
#Piala Malaysia
#Tajikistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan