Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh pada Selasa mengumumkan senarai akhir 22 pemain yang akan menggalas cabaran negara pada Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura dari 23 hingga 29 Nov ini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) menerusi laman sesawang mereka iaitu www.fam.org.my, menyatakan Dollah memilih penjaga gol Pahang, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Mohd Farizal Marlias (Selangor) dan Khairul Fahmi Che Mat dari Kelantan untuk mempertahankan benteng terakhir negara pada kejohanan dwitahunan itu.
Enam pemain akan bersaing bagi merebut tempat di posisi pertahanan iaitu Mohd Afif Amiruddin dan Mohamad Muslim Ahmad daripada kelab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mahalli Jasulli dan Mohamad Fadhli Mohd Shas (Johor Darul Ta'zim), Mohd Azmi Muslim (Selangor) serta Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu).
Kapten Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi yang dipilih sebagai pemain tengah terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan, baru-baru ini bakal bersaing bersama tujuh pemain lain di posisi berkenaan.
Mereka ialah Safiq Rahim (JDT), Muhammad Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin (Felda United FC), Gary Steven Robbat (Harimau Muda A), S.Kunanlan (Selangor), Baddrol Bakhtiar (Kedah) selain dua pemain Pahang iaitu Azamuddin Mohd Akil dan Mohd Hafiz Kamal.
Dalam pada itu, Dollah turut menyenaraikan bekas penjaring gol terbanyak Piala AFF Suzuki 2010, Mohd Safee Sali walaupun pemain veteran negara itu banyak memanaskan bangku simpanan pasukan JDT, musim ini.
Mohd Safee bakal bersaing bersama dua rakan sepasukannya iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Amri Yahyah selain pemain Terengganu, Abdul Manaf Mamat bagi posisi penyerang.
Dollah sebelum ini mengesahkan dua tonggak utama terpaksa digugurkan kerana gagal pulih daripada kecederaan yang dialami mereka iaitu pemain sayap Pahang, R. Gopinathan dan pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak.
Pemain lincah Kedah, Mohd Farhan Roslan yang mendapat jolokan 'Messi Kedah' turut digugurkan daripada senarai akhir 22 pemain selepas Dollah melakukan perbincangan lanjut bersama barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya.
Malaysia yang diundi dalam kumpulan B akan memulakan kempen kejohanan menentang Myanmar pada 23 Nov ini disusuli pertemuan menentang Thailand pada 26 Nov dan kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Jalan Besar sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan menentang Singapura di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub pada 29 Nov.
SENARAI AKHIR 22 PEMAIN:
-------------------------
Penjaga Gol: Mohd Farizal Marlias (Selangor), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid (Pahang)
Pertahanan: Mohd Afif Amiruddin dan Mohd Muslim Ahmad (PDRM), Mahalli Jasulli dan Mohamad Fadhli Mohd Shas (JDT), Mohd Azmi Muslim (Selangor), Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu).
Pemain Tengah: Safiq Rahim(JDT), Muhammad Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin (Felda United FC), Mohd Badhri Mohd Radzi (Kelantan), Gary Steven Robbat (Harimau Muda A), S.Kunanlan (Selangor), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Azamuddin Mohd Akil dan Mohd Hafiz Kamal (Pahang)
Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Mohd Sali dan Mohd Amri Yahyah (JDT) dan Abdul Manaf Mamat (Terengganu).
Bernama
Wed Nov 19 2014
Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura berlangsung dari 23 hingga 29 Nov ini - Gambar Fail
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.