Aaron Donnelly, pelumba pasukan Huon Salmon-Genesys Wealth Adviser, memenangi peringkat kedua perlumbaan berbasikal Jelajah 1Malaysia 2013 (J1M 2013) dari Rembau ke Batu Pahat hari ini.
Pelumba berusia 22 tahun dari Australia itu menamatkan perlumbaan sejauh 197.6km dengan catatan masa empat jam 44 minit 53 saat.
"Ini bukan kemenangan pertama bagi diri saya dan saya gembira untuk mencapai kejayaan di sini. Perlumbaan ini adalah sukar tetapi berjaya memintas kelompok utama 14 pelumba dengan melakukan taktik serangan lima kilometer dari garisan penamat," kata Donnelly.
Pelumba tertua J1M 2013, Lex Nederlof daripada pasukan CN Cycling Team, menamatkan saingan di tempat kedua.
Pelumba berusia 47 tahun dari Belanda itu hanya ketinggalan 0.3 saat di belakang pemenang sementara pelumba negara Loh Sea Keong, yang mewakili pasukan OCBC Singapore Continental Cycling Team, menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 4:45:02s.
Bagaimanapun, tumpuan terarah kepada Sea Keong apabila beliau merampas jersi Kuning (pelumba terbaik keseluruhan), jersi Hijau (Raja Pecut), jersi Biru (pelumba terbaik Asia) dan jersi Putih selaku pelumba terbaik Malaysia.
Beliau merampas jersi Kuning daripada Kiril Pozdnyakov selepas mengumpul catatan masa 8:58:50s apabila pelumba Russia itu jatuh ke tangga ketiga dengan catatan masa 8:59:31s.
Peringkat ini sebenarnya untuk pelumba pecut dengan banyak laluan landai. Saya berjaya mendapat mata bonus di garisan penamat untuk jersi Hijau, kata Sea Keong.
Katanya beliau berada di kelompok utama dan melihat enam pelumba dalam kelompok itu mula melakukan serangan kira-kira 10km dari garisan penamat.
"Saya hanya ikut mereka dan dengan bantuan pelumba negara lain, saya berjaya merampas jersi Kuning," kata pelumba berusia 26 tahun dari Kelantan itu.
Perlumbaan peringkat ketiga esok merupakan laluan paling singkat iaitu 94.7km dari Batu Pahat ke Pontian dengan dua zon pecutan di Tampin dan Segamat.
"Saya tidak berani untuk bercakap apa-apa untuk peringkat ketiga esok. Apa pun boleh berlaku tetapi berharap rakan sepasukan dapat membantu saya mempertahankan jersi Kuning," kata Sea Keong.
Bernama
Fri Jun 28 2013
Pembangunan pelajar perlu dinilai secara holistik
Keseluruhan pembangunan murid perlu dilihat secara holistik termasuk mengambil kira pencapaian dalam akademik, kokurikulum serta potensi dalam bidang lain.
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang
Jika seseorang pegawai atau pekerja tidak bersungguh-sungguh menunaikan pekerjaannya atau bekerja sekadar "melepaskan batuk di tangga" sahaja maka dia dikira mengkhianati amanah.
Faisal Halim semakin stabil
Faisal selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Malaysia rangkul perak pecut berpasukan lelaki, wanita
Skuad negara merangkul perak acara pecut berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di New Delhi.
Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.
LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.
China ada 200 juta basikal untuk kegunaan setiap hari - Persatuan basikal
Penduduk bandar Cina menunggang basikal atau kenderaan dua roda berkuasa elektrik sekitar 30 daripada 100 kali perjalanan mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut dilanggar MPV
Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki basikal dipercayai secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.
Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.
Basikal buluh buatan Sarawak akan masuk pasaran China tahun ini
Basikal buluh akan dibuat menggunakan buluh tempatan dikenali sebagai 'Bambusa Nana' yang kukuh.
35,000 naskhah novel terjual, bekas arkitek raih jualan cecah RM2.5 juta
Ia bermula apabila beliau dan isteri mahu membawa ibu bapa mereka ke Mekah untuk menunaikan umrah pada Disember 2019.
Piala Dunia 2022: Kembara 5,500km dengan basikal untuk bola sepak
Pablo Garcia dan Fernando Boca tiba di Qatar dengan menaiki basikal dari Itali menempuh perjalanan 5,500 kilometer.
Guru hadiahkan basikal kepada murid cemerlang
Mohammed Abdulwahab akan menawarkan hadiah kepada murid-murid cemerlang dalam gred pertama dan ketiga.