awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dortmund sedia lepaskan Aubameyang dengan nilai RM380.6 juta

Astro Arena
Astro Arena
25/01/2017
03:39 MYT
Dortmund sedia lepaskan Aubameyang dengan nilai RM380.6 juta
Aubameyang akan kembali ke pangkuan kelabnya. - Foto Reuters
KETUA Eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke, berkata kelab itu sedia mempertimbangkan tawaran bernilai 80 juta Euro (RM380.6 juta) ke atas penyerang handalan mereka, Pierre-Emerick Aubameyang.
Penggempur prolifik itu bakal pulang ke pangkuan kelabnya selepas Gabon tersingkir dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) di tempat sendiri.
Dia sering dikaitkan dengan kelab-kelab gergasi Eropah yang memiliki sokongan kewangan. Namun, Dortmund menegaskan mereka tidak terburu-buru untuk melepaskan pemain berusia 27 tahun itu dengan Watzke sedar jumlah tawaran tertentu mungkin akan mampu membuka hati ahli lembaga pengarah kelab itu.
"Kami tidak boleh menjamin seseorang pemain itu akan kekal di Borussia Dortmund buat selamanya, tapi kekuatan kami adalah sentiasa dapat menjadi penyelesaian baru," katanya kepada Kicker TV.
"Auba merupakan pilihan alternatif kami susulan penghijrahan Robert Lewandowski ke Bayern Munich.
"Dengan tawaran 80 juta Euro, saya akan terkenangkan presiden kelab, Reinhard Rauball, dan Pengarah Sukan, Michael Zorc -- kalau kami menerima tawaran sedemikian, kami perlu duduk semeja dengan Pierre-Emerick untuk membincangkannya.
"Kami sentiasa perlu membezakan situasi mengenai tawaran seperti itu, namun kami tidak tertekan... Saya lebih suka andai tiada sebarang tawaran dikemukakan.
"Dia cukup bagus untuk menyertai kelab lebih besar. Tapi pilihannya tidak banyak, saya gembira terbaca mengenai idea yang mengaitkannya ke Barcelona," katanya merujuk kepada dakwaan Aubameyang yang mengakui Dortmund bukanlah sebaris dengan Barca, Bayern Munich dan Real Madrid.
Topic Berkaitan
#AFCON
#Borussia Dortmund
#Hans-Joachim Watzke
#Pierre-Emerick Aubameyang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan