awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 11 pagi ini
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
Perry Bamonte, ahli The Cure, meninggal dunia pada usia 65 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua ahli perniagaan minat beli Manchester United

Sinar Harian
Sinar Harian
19/08/2022
00:15 MYT
Dua ahli perniagaan minat beli Manchester United
Jim Ratcliffe dan Michael Knighton. - Foto Sinar Harian
KEMELUT prestasi yang membelenggu Manchester United dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak menggugat kredibiliti kelab itu yang dinilai pakar ekonomi melebihi £5 bilion (RM26.92 bilion).
Walaupun masa depan kelab yang berpangkalan di London itu tidak menentu, namun beberapa pihak dilihat berminat mengambil alih daripada keluarga Glazer.
Ia termasuk bekas pengarah United, Michael Knighton menawarkan pengambilalihan yang 'lemah' menerusi pemilikan kekayaan sebanyak £7 bilion (RM37.68 bilion) cukup untuk membeli saham minoriti daripada Glazer.
Bagaimanapun ahli perniagaan British itu dilaporkan giat merancang penubuhan satu konsortium bagi memujuk Glazer dan mahukan bantuan daripada Sir Jim Ratcliffe.
Menerusi kolaborasi dengan lelaki terkaya Britain itu, Knighton berharap dapat melengkapkan pembelian sepenuhnya kelab itu, yang akan menyebabkan mereka perlu membayar lebih £5 bilion (RM26.92 bilion) menurut Goal, lebih £2.5 bilion (RM13.46 bilion) berbanding nilai Chelsea.
BACA: Manchester United perlu 'cermin' diri sendiri selepas huni tangga tercorot EPL
Ratcliffe yang juga penyokong The Red Devils, cuba membeli Chelsea beberapa bulan lalu, dikatakan berminat dan berharap dapat mengadakan perbincangan dengan Glazer.
Dia dilaporkan bersedia membayar apa diperlukan bagi melengkapkan pembelian dan membantu memodenkan Old Trafford.
BACA: Elon Musk sekadar berseloroh beli Manchester United
Seorang daripada jurucakapnya memberitahu, Ratcliffe yang merupakan jurutera kimia dan ahli perniagaan berjaya di Britain berminat dengan urusan pembeliau tersebut.
"Jika kelab itu mahu dijual, Jim (Ratcliffe) pasti akan menjadi pembeli berpotensi.
"Jika sesuatu seperti ini boleh dilakukan, kami berminat untuk berbincang dalam usaha menjadi pemilik jangka panjang," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Manchester United
#EPL
#Michael Knighton
#Jim Ratcliffe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan