awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
AI perlu dilihat sebagai sebagai pemerkasa industri - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Dua anakanda Agong bantu JMR tamatkan perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps

Bernama
Bernama
30/06/2025
11:03 MYT
Dua anakanda Agong bantu JMR tamatkan perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps
Pasukan JMR menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 dalam kelas Piala Gangsa dan ke-43 keseluruhan daripada 74 jentera yang bertanding. - Foto FB The Royal Johor
KUALA LUMPUR: Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim berjaya menamatkan perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps di Belgium bersama pasukan Johor Motorsports Racing (JMR).

Ringkasan AI
  • Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar berjaya menamatkan perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps bersama pasukan Johor Motorsports Racing (JMR), menduduki tempat ke-12 dalam kelas Piala Gangsa dan ke-43 keseluruhan daripada 74 jentera.
  • Pasukan JMR menghadapi cabaran awal akibat masalah mekanikal, namun berjaya melengkapkan 527 pusingan dan 27 hentian pit dalam tempoh 24 jam, mencerminkan semangat juang dan ketahanan pasukan.
  • JMR kini memberi tumpuan kepada saingan GT Dunia Cabaran Asia di Jepun, dengan misi mengekalkan kedudukan pendahulu dalam kategori Pro-Am serta memperkukuh pembangunan bakat permotoran tempatan.

Kedua-dua anakanda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bersama pelumba Britain Alexander Sims dan pelumba Australia Jordan Love yang memandu jentera Chevrolet Corvette Z06 GT3.R pasukan itu, menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 dalam kelas Piala Gangsa dan ke-43 keseluruhan daripada 74 jentera yang bertanding.
Walaupun menghadapi masalah mekanikal pada awal perlumbaan yang memaksa mereka memulakan cabaran dari lorong pit dan ketinggalan enam pusingan, pasukan itu bangkit dengan cemerlang dalam tempoh 24 jam, dengan melengkapkan 527 pusingan dan 27 hentian pit di litar legenda Spa-Francorchamps.
Tunku Abdul Rahman berkata keputusan itu mencerminkan semangat juang dan kemajuan pasukan.
"Menamatkan perlumbaan 24 jam adalah satu pencapaian yang hebat dan bukannya sesuatu yang mudah. Kami berdepan beberapa halangan pada permulaan, tetapi saya sangat berbangga dengan pasukan kerana kekal fokus dan bekerja tanpa henti.
"Ini adalah kali pertama kami berlumba di sini dengan jentera Corvette dan melihat kedua-dua jentera berjaya menamatkan perlumbaan adalah detik yang membanggakan," katanya dalam kenyataan dikeluarkan JMR hari ini.
Tunku Abdul Rahman berkata pasukan itu kini akan memberikan tumpuan pada saingan GT Dunia Cabaran Asia di Jepun bulan dengan, dengan sasaran mengekalkan kedudukan pendahulu dalam carta Pro-Am.
Sementara itu, Tunku Abu Bakar berkata perlumbaan itu memberikan pengalaman yang berharga kepada pasukan dan membuktikan kepentingan membangunkan bakat sukan permotoran tempatan.
"Ini tahun pertama kami beroperasi sebagai pasukan bebas dan kami bangga mempunyai kru rakyat Malaysia bersama kami. Kami ingin memberikan lebih banyak peluang kepada rakyat di tanah air dan membantu mereka menembusi peringkat antarabangsa bersama kami.
"Ia bukan sekadar soal menaiki podium tetapi membawa semua orang bersama dalam perjalanan ini," katanya.
JMR akan kembali beraksi di Litar Fuji Speedway, Jepun dari 11 hingga 13 Julai ini bagi pusingan ketujuh dan kelapan GT Dunia Cabaran Asia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps
#anakanda Agong
#Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim
#Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim
#tamatkan perlumbaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami