SUKAN
Dua gol Donyell Malen raih kemenangan keempat berturut-turut untuk Villa

Malen, yang memulakan perlawanan sebagai pemain utama, membuktikan bahawa skuad Villa mempunyai kedalaman serangan mantap walaupun tanpa Ollie Watkins. - Foto REUTERS
DONYELL Malen menjadi wira Aston Villa apabila meledak dua gol penting untuk menewaskan Burnley 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad.
Kemenangan ini menandakan kemenangan keempat berturut-turut Villa dalam semua pertandingan, sekaligus memberikan suntikan keyakinan kepada pasukan yang bermula agak perlahan musim ini.
Villa membuka jaringan pada minit ke-25 apabila Malen menolak masuk hantaran Boubacar Kamara, menewaskan penjaga gol Burnley, Martin Dubravka.
Pada minit ke-63, Malen menggandakan jaringan Villa selepas menerima hantaran cemerlang daripada Morgan Rogers dan melepaskan rembatan deras ke sudut bawah gawang.Burnley cuba bangkit pada minit ke-78 melalui gol tandukan Lesley Ugochukwu hasil sepakan sudut, namun Villa berjaya mengekalkan kelebihan dan mengutip tiga mata penuh.
Kemenangan ini meletakkan Villa hanya satu mata di belakang kelompok separuh atas liga, menunjukkan bahawa pasukan Unai Emery mula menemui rentak positif selepas permulaan musim yang mengecewakan, termasuk lima perlawanan liga tanpa kemenangan dan pengususan awal dalam Piala EFL.
Malen, yang memulakan perlawanan sebagai pemain utama, membuktikan bahawa skuad Villa mempunyai kedalaman serangan mantap walaupun tanpa Ollie Watkins, sekali gus memberi harapan kepada peminat untuk baki musim ini.
Villa bakal menghadapi Tottenham Hotspur selepas rehat antarabangsa pada 19 Oktober, dengan harapan untuk mengekalkan momentum positif dan terus mencabar kedudukan liga dalam beberapa minggu mendatang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami