awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pemain ragbi negara hampir pasti terlepas pramusim di Jerman

Bernama
Bernama
11/08/2021
20:16 MYT
Dua pemain ragbi negara hampir pasti terlepas pramusim di Jerman
Amrul berkata, kedua-dua pemain berkenaan perlu menunggu sehingga melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan vaksin COVID-19 dos kedua sebelum dibenar berangkat ke Jerman. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dua daripada tiga pemain skuad ragbi 15 sepasukan (15's) negara yang ditawarkan beraksi di Liga Ragbi Divisyen Satu Jerman mungkin terpaksa melupakan hasrat menyertai pasukan lebih awal menjelang saingan yang dijadual bermula 4 Sept.
Setiausaha Agung Kehormat Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Amrul Hazarin Hamidon berkata ini kerana kedua-dua pemain berkenaan perlu menunggu sehingga melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan vaksin COVID-19 dos kedua sebelum dibenar berangkat ke Jerman.
Beliau berkata pihaknya juga sedang menunggu surat kebenaran keluar negara dari Jabatan Imigresen Malaysia.
"Kalau perlu dilakukan sesuatu oleh kami (KRM) untuk pastikan mereka dapat berangkat awal iaitu dengan mempercepatkan tarikh suntikan dos kedua, kita akan cuba. KRM akan berusaha untuk membantu mereka ke sana," katanya ketika dihubungi Bernama, pada Rabu.
Amrul Hazarin berkata kedua-dua pemain itu dijadual mendapat suntikan dos kedua vaksin COVID-19 pada 19 Ogos sekali gus menyaksikan mereka hanya boleh keluar negara seawal 3 Sept.
Terdahulu, hari ini KRM mengumumkan tiga pemainnya iaitu Mohamad Amin Jamaluddin, Noor Alif Ikhmal Noor Hisham dan Samuel Rentap Meran ditawarkan beraksi bersama kelab TV 1834 Pforzheim bagi musim 2021/2022.
Kelab itu turut menamakan ketiga-tiga pemain negara untuk menyertai sesi latihan pramusim selain beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum saingan liga bermula.
Amrul Hazarin berkata surat tawaran itu diterima KRM pada 30 Julai lepas dan ia memberi peluang kepada pemain negara untuk terus beraksi dalam tempoh pandemik COVID-19.
"Sebenarnya bouncer (nama panggilan Mohamad Amin) dan Alif sudah beraksi di sana sebelum ini tapi mereka terpaksa balik selepas liga terhenti. Ia satu peluang yang bagus untuk terus bermain, dengan keadaan sekarang kita pun tidak tahu bila kejohanan di Malaysia dapat dijalankan," katanya.
Amrul Hazarin berkata menurut surat tawaran itu, ketiga-tiga pemain negara sepatutnya dikehendaki melapor diri pada 20 Ogos ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#dos kedua
#Imigresen
#Jerman
#vaksin
#Ragbi
#KRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan