awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
73 suspek jenayah penipuan warga Korea Selatan ditahan di Kemboja, dihantar pulang secara paksa
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pingat gangsa ceriakan kontinjen negara

Bernama
Bernama
12/04/2018
20:35 MYT
Dua pingat gangsa ceriakan kontinjen negara
Huang Ying How yakin kontinjen negara masih di atas landasan yang betul untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. - Gambar fail
Pelari pecut para negara, Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah dan gimnas, Amy Kwan membantu kontinjen negara menambah koleksi pingat gangsa pada temasya Sukan Komanwel 2018, di sini pada Khamis.
Amy Kwan merangkul gangsa dalam acara gimrama individu keseluruhan dengan mengumpul 51.500 mata manakala Muhamad Afiq mencipta rekod kebangsaan dalam acara 100m TT12 dengan catatan 11.28 saat.
Catatan oleh atlet berusia 23 tahun dari Johor itu telah memadam rekod kebangsaan 11.20s milik Faizal Aidil Suhaimi.
Di kolam renang, barisan penerjun negara seperti Ooi Tze Liang, Ahmad Amsyar, Chew Yiwei, Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong dan Kimberly Bong gagal menyerlah.
Namun, ketika sidang media bersama ketua kontinjen, Huang Ying How, beliau yakin kontinjen negara masih di atas landasan yang betul untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
Pada edisi kali ini, kontinjen Malaysia mahu memperbaiki pencapaian di Glasgow, Scotland dan menamatkan kedudukan di tempat ke-10 terbaik.
Untuk mencapai sasaran itu, kontinjen negara perlu meraih sekurang-kurangnya tujuh pingat emas.
Bagaimanapun, Malaysia dengan masih berbaki dua hari pertandingan, sasaran negara agak sukar selepas hanya mengutip tiga emas, tiga perak dan tujuh gangsa.
Hari ini tumpuan pastinya terarah kepada jaguh boling padang, Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji yang akan berentap merebut pingat emas acara berpasangan.
Gandingan negara itu akan berdepan Afrika Selatan yang dibarisi Nicolene Neal-Collen Piketh dalam aksi final pada 7 pagi ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amy Kwan
#atlet
#gimnas
#gimrama
#Huang Ying How
#ketua kontinjen
#Malaysia
#Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah
#pelari
#sukan
#Sukan Komanwel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan