awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Durakovic bangga prestasi anak buah

Sinar Harian
Sinar Harian
01/10/2018
01:58 MYT
Durakovic bangga prestasi anak buah
Durakovic mahu pemain Merah Kuning raih tiga mata menentang Kelantan di Stadium Shah Alam, malam ini. - Gambar fail
KEMENANGAN 2-0 Perak ke atas PKNS FC pada aksi separuh akhir kedua Unifi Piala Malaysia di Stadium Shah Alam semalam, disambut gembira oleh ketua jurulatihnya Mehmet Durakovic.
Durakovic berkata, kejayaan berkenaan dilihat sebagai kesinambungan kepada musim terbaik buat skuad The Bos Gaurus itu kerana berjaya mara hingga ke separuh akhir.
Malah menurutnya, kesemua pemain telah beraksi dengan baik sehingga berjaya mendominasi sebahagian besar perlawanan berkenaan.
“Pemain saya melalui musim yang hebat dan sekali gus bakal mengulangi pencapaian beraksi di peringkat separuh akhir seperti musim lalu.
“Kita akan pulang ke Ipoh untuk membuat persediaan serta rawatan pemulihan bagi aksi separuh akhir,” katanya sejurus tamat perlawanan.
Pemain import Perak Wandar Luiz muncul wira Perak apabila meledak dua jaringan.
Untuk rekod, Perak bakal berdepan Sabah pada aksi separuh akhir pertama yang dijadualkan berlangsung di Stadium Perak, 7 Oktober ini dan kemudiannya akan bertandang ke Stadium Likas, Kota Kinabalu bagi mengharungi aksi separuh kedua yang dijadualkan berlangsung pada 21 Oktober.
Sementara itu kapten Perak, Shahrul Mohd Saad berharap rakan-rakan sepasukan dapat melakukan yang terbaik pada aksi separuh akhir berkenaan.
Katanya, biarpun Sabah adalah pasukan daripada saingan Unifi Liga Premier, namun skuad Sang Badak itu memiliki pemain yang hebat.
“Untuk sampai ke separuh akhir ini bukan mudah. Oleh itu buatlah yang terbaik untuk ke final pula,” katanya.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#ketua jurulatih
#mehmet durakovic
#Perak
#PKNS FC
#shah alam
#Shahrul Mohd Saad
#The Bos Gaurus
#Unifi Piala Malaysia
#Wandar Luiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan