awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semangat Malaysia perlu dihidupkan melalui pemahaman MA63 - Fadillah
Jaringan tunggal Luqman Hakim bawa skuad Jang ke suku akhir
Institusi agama perlu terus angkat pendekatan sederhana, berhikmah - Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dzeko kembali ke Serie A pada usia 39 tahun

Sinar Harian
Sinar Harian
11/07/2025
00:30 MYT
Dzeko kembali ke Serie A pada usia 39 tahun
Dzeko mula mencipta nama selepas menyertai Manchester City dari Wolfsburg pada 2011, menjaringkan 72 gol dalam 189 perlawanan sepanjang lima musim bersama The Citizens. - Foto Agensi/Sinar Harian
EDIN Dzeko kembali semula ke Serie A Itali setelah menyertai Fiorentina dalam usaha meneruskan kariernya sehingga ke usia 40 tahun selepas mencipta nama bersama Manchester City, AS Roma, Inter Milan dan Fenerbahce.
Penyerang berusia 39 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2026 dengan pilihan lanjutan secara automatik selama setahun lagi sekiranya syarat-syarat tertentu dipenuhi.
Dzeko sebelum ini beraksi bersama kelab Turkiye, Fenerbahce dan mencatatkan 21 gol dalam 53 penampilan musim lalu sebelum meninggalkan kelab tersebut pada Mei lalu.
Sebagai rekod, Dzeko mula mencipta nama selepas menyertai Manchester City dari Wolfsburg pada 2011, menjaringkan 72 gol dalam 189 perlawanan sepanjang lima musim bersama The Citizens.
Sepanjang tempoh itu, beliau membantu City menjulang dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA, Piala Liga dan Perisai Komuniti.
Selepas meninggalkan England, Dzeko meneruskan kariernya di Itali bersama AS Roma dan kemudian Inter Milan sebelum menyertai Fenerbahce pada 2023 dan beraksi selama dua musim di sana.
Fiorentina menamatkan saingan Serie A musim lalu di tangga keenam dan akan beraksi dalam pusingan kelayakan Liga Konferensi Europa musim depan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Edin Dzeko
#Serie A
#Itali
#Fiorentina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan