Pengenalan sukan elektronik atau lebih dikenali sebagai e-Sports menjadi tarikan terbaharu sempena sambutan edisi ketiga Hari Sukan Negara (HSN) 2018 esok.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Malaysia merupakan pasaran e-Sports ke-21 terbesar dunia dengan nilai AS$586.7 juta (RM2.4 bilion) dan setakat tahun 2017, Malaysia mempunyai lebih 14 juta pemain.
Justeru, pada sambutan kali ini, beliau ingin mencuba sesuatu yang unik dan dekat dengan golongan belia dengan memperkenalkan e-Sports sebagai acara baharu dalam sambutan Hari Sukan Negara 2018.
"Kita akan main pelbagai jenis sukan...ada yang suka bola sepak, futsal, e-Sports...kerana kita hendak tunjukkan sukan ini inklusif. Bukan sahaja sukan tradisional tapi juga sukan baharu e-Sports akan disediakan kerana mereka juga harus diberikan tempat," katanya dalam satu video mempromosikan HSN di laman Instagram @kbsmalaysia.
Antara permainan e-Sports yang mempunyai ramai pemain di Malaysia adalah seperti Dota2, CSGO, FIFA Online3, Mobile Legend, Arena of Valor, PES dan FIFA19.
Selain itu, Syed Saddiq berkata sukan merupakan sesuatu yang unik kerana ia mampu menyatukan rakyat berbilang bangsa, agama dan fahaman politik tanpa mengira pelbagai peringkat umur.
"Saya akan bersama dengan kamu semua pada Hari Sukan Negara di Stadium Nasional Bukit Jalil dari pagi sampai ke malam. Banyak acara akan dilaksanakan. Saya akan turut bersama bermain bola sepak dan e-Sports. Saya akan bersama beberapa figura politik untuk bermain bola sepak," katanya.
Sambutan HSN 2018 peringkat kebangsaan akan diadakan di Bandar Sukan Kuala Lumpur Bukit Jalil serta dijalankan serentak di seluruh negara.
Sambutan HSN telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun sebagai suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah'Negara Bersukan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 12 2018
Antara permainan e-Sports yang mempunyai ramai pemain di Malaysia adalah seperti Dota2, CSGO, FIFA Online3, Mobile Legend, Arena of Valor, PES dan FIFA19. - Gambar hiasan
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.
Kejohanan e-sukan tawar hadiah sehingga RM70,000 sempena HSN 2024
Kejohanan itu akan tampilkan permainan Konami eFootball 2025 sebagai pertandingan utama yang melibatkan penyertaan 15 negeri dan Wilayah Persekutuan.
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
Sebuah institusi di bawah KBS, KKDW dijadikan pusat latihan TVET e-sports
Sebuah institusi TVET di bawah KBS dan KKDW akan 'diubah wajah' dan dijadikan pusat latihan TVET sukan elektronik atau e-sports.
Final MEC: 22 pasukan berentap rebut RM100,000
Perlawanan tersebut akan berlangsung secara dalam talian dan 'offline' di pusat beli-belah KL Gateway pada Sabtu dan Ahad ini.
MPL Invitation 2021: Tanda pagar #IndoPride Bergema selepas ONIC Esport ID dinobat juara
Pada pusingan akhir, mereka berjaya mengecewakan pasukan dari Filipina, Blacklist International dan dinobatkan juara.
16 pasukan lengkap buruan kejohanan dunia Mobile Legends M3
Kejohanan Dunia Mobile Legends M3 pastinya akan menjanjikan kelainan buat para penonton dari seantero dunia.
Geek Fam: Xorn-Dominus sehati sejiwa
Jom kita dekati dua pemain dari Geek Fam iaitu Xorn dan Dominus.
MPLMYS8: Bosskurr vs Geek Fam. Sejarah lama akan berulang atau sejarah baharu akan tercipta?
Adakah anda peminat MLBB sudah bersedia untuk MPLMYS8 mingggu kedua?
Fahami semua 'synergy' dan corak permainan musuh - Pakar Magic Chess
Anak kelahiran Termeloh, Pahang ini, tidak pernah menjangkakan dia akan menjadi seorang pemain pro untuk Magic Chess.