awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ee Wei akui perlu lebih fokus di gelanggang

Bernama
Bernama
19/09/2023
21:40 MYT
Ee Wei akui perlu lebih fokus di gelanggang
Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei mengakui kurang fokus ketika perlawanan menjadi punca beliau dan pasangannya, Chen Tan Jie gagal mengekalkan prestasi pada Terbuka Hong Kong 2023, baru-baru ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei mengakui kurang fokus ketika perlawanan menjadi punca beliau dan pasangannya, Chen Tan Jie gagal mengekalkan prestasi pada Terbuka Hong Kong 2023, baru-baru ini.
Beliau berkata jurulatihnya, Rexy Mainaky turut mengingatkan mereka supaya lebih memberi tumpuan dalam setiap perlawanan bagi mengelak daripada melakukan kesilapan yang boleh membawa kepada kekalahan pada Sukan Asia Hangzhou 2022.
"Kami memang perlu lebih fokus, jurulatih (Rexy) pun memang ada marah sebab kita tidak fokus dalam gelanggang jadi untuk kurangkan kesilapan itu, fokus sangat penting," katanya selepas menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, di sini pada Selasa.
Baru-baru ini, Ee Wei-Tan Jie, yang kini menghuni ranking kesembilan dunia, menduduki tempat ketiga di Terbuka China pada awal September, gagal menampilkan aksi konsisten apabila tewas di tangan gandingan China, Guo Xin Wa-Wei Ya Xin 21-18, 12-21, 19-21 pada pusingan kedua Terbuka Hong Kong.
Dalam pada itu, Ee Wei berkata persiapannya ke temasya empat tahun sekali itu berjalan lancar.
Menurutnya kehadiran beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie ke kem latihan pusat di ABM banyak membantu beliau dan pasangannya untuk membuat persiapan ke Sukan Asia buat pertama kali itu.
"Saya seronok banyak 'sparring' di sini jadi saya boleh belajar sebanyak mungkin daripada rakan-rakan yang turut sama berlatih, ini temasya pertama saya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#toh ee wei
#beregu campuran
#Chen Tan Jie
#Sukan Asia Hangzhou 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan