HANOI: Olahraga, berbasikal bukit dan snuker, menyumbangkan empat pingat emas buat kontinjen Malaysia pada hari ke-10 temasya Sukan SEA Ke-31 di sini, semalam.
Namun, pencapaian itu gagal membantu kem negara untuk memperbaiki kedudukan dalam carta kutipan pingat, apabila Malaysia kekal berada di tempat keenam dengan 23 emas, 26 perak dan 55 gangsa.
Ketika beberapa acara ketandusan pingat emas, skuad olahraga negara cemerlang apabila menghadiahkan dua emas menerusi jaguh lempar cakera lelaki, Muhammad Irfan Shamsuddin dan atlet lompat kijang Andre Anura Anuar, manakala gangsa daripada Norliyana Kamaruddin dalam acara heptatlon.
Selepas meraih satu perak dan satu gangsa kelmarin, skuad berbasikal bukit terus memperagakan kayuhan cemerlang, apabila melakar sejarah merangkul pingat emas pertama acara berganti-ganti rentas desa campuran, semalam.
Kejayaan dicapai gandingan Ahmad Syazrin Awang Ilah, Zulfikri Zulkifli, Nur Assyira Zainal Abidin dan Natahsya Soon itu, adalah emas pertama Malaysia dalam sukan berkenaan sepanjang penyertaan pada Sukan SEA, dengan pencapaian terbaik sebelum itu ialah pingat perak pada edisi 2011.
Atlet snuker Lim Kok Leong juga memastikan pingat emas Sukan SEA kekal dalam genggaman Malaysia apabila menjuarai acara perseorangan 6-Red lelaki.
Pemain berusia 27 tahun itu, mengalahkan Jefrey Roda dari Filipina 5-3 pada perlawanan akhir bagi memenangi pingat emas individu pertamanya di Sukan SEA, selepas acara itu ditandingkan semula pada temasya dwitahunan, selepas sembilan tahun.
Di Pusat Akuatik My Dinh, skuad renang menutup saingan dengan pencapaian masing-masing satu perak dan gangsa, selain memecah satu rekod kebangsaan pada aksi final.
Gandingan Welson Sim, Lim Yin Chuen, Arvin Shaun Singh Chahal dan Khiew Hoe Yean, membutirkan pingat perak menerusi acara 4x200 meter (m) gaya bebas lelaki dengan catatan masa tujuh minit dan 19.75 saat (s) sekali gus mencipta rekod baharu kebangsaan.
Pingat gangsa negara di kolam renang pula disumbangkan Job Tan dalam acara 200m kuak dada lelaki.
Sementara itu, skuad sepak takraw lelaki gagal melakukan kejutan ke atas jaguh dunia, Thailand apabila meraih perak acara antara regu manakala pasukan wanita negara terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.
Pasangan adik beradik, Syed Afiq Fakhri Syed Ali dan Sharifah Afiqah Farzana, juga terpaksa berpuas hati merangkul gangsa pada penampilan sulung mereka dalam acara doubles campuran (mixed doubles), semalam.
Pencapaian meraih empat emas, dua perak dan empat gangsa semalam menyaksikan Malaysia kekal di kedudukan keenam, dengan tuan rumah Vietnam masih mendahului dengan 101 emas, 65 perak dan 64 gangsa.
Thailand berada di tempat kedua setelah mengutip 43 emas, 45 perak dan 63 gangsa, diikuti Filipina 34-39-51, Singapura 30-32-36 dan Indonesia di kedudukan kelima dengan kutipan pingat 27-40-38.
Beberapa acara bakal menjadi tumpuan kem Malaysia pada hari ke-11 hari ini, menyaksikan pemain golf lelaki dan wanita, masing-masing akan bersaing dalam acara berpasukan menentang Thailand.
Pasukan badminton lelaki turut akan berdepan Thailand dalam final acara berpasukan, manakala acara memanah menyaksikan Khairul Anuar Mohamad-Syaqiera Mashayikh membuat perhitungan berdepan wakil Indonesia, Reza Octavia-Riau Ega Agatha Salsabila dalam acara berpasukan campuran recurve.
Acara trek dan balapan juga akan bersambung hari ini, dengan Nauraj Singh Randhawa dijangka mempertahankan emas acara lompat tinggi lelaki manakala Muhammad Azeem Fahmi dan Muhammad Arsyad Md Saat, akan membawa cabaran bagi acara 100m lelaki.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022

Beberapa acara bakal menjadi tumpuan kem Malaysia pada hari ke-11 hari ini, menyaksikan pemain golf lelaki dan wanita, masing-masing akan bersaing dalam acara berpasukan menentang Thailand. - Gambar hiasan/BERNAMA

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

Banjir Baling: 280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air
Gangguan di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim berlaku disebabkan kadar kekeruhan air mentah tinggi susulan insiden banjir.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

N.Sembilan kuat kuasa undang-undang, ambil tindakan tegas terhadap pencemar sumber air
Ia bagi memastikan masyarakat mematuhi sepenuhnya prosedur kawalan air dan penguatkuasaan peraturan berkenaan.

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy
Pada masa hadapan, negara anggota ASEAN boleh memperkukuh kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosi tawaran pelancongan di rantau itu.

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan
Walaupun terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat, kesemua pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, sekali lagi dipertaruhkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan.

Sukan SEA Hanoi: 'Saya minta maaf' - Luqman Hakim
Penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin memohon maaf atas kegagalan menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan penentuan gangsa antara Malaysia menentang Indonesia pada Sukan SEA ke-31.

Sukan SEA Hanoi: Malaysia tambah dua emas, tamatkan cabaran di tempat keenam
Kontinjen negara berjaya menambah dua pingat emas pada hari ke-15 Sukan SEA ke-31 di sini hari ini, sehari sebelum temasya sukan dwitahunan tersebut melabuhkan tirai esok.

Sukan SEA Hanoi: Program Jom Tengok Bola jadi platform pupuk semangat perpaduan
Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat menerusi sukan antara matlamat dalam Program Jom Tengok Bola Harimau Muda menentang Indonesia di Restoran Syed Bistro SS6, Petaling Jaya Pada Ahad.

Sukan SEA Hanoi: Emas acara beregu campuran dalam genggaman
Sebutir pingat emas sudah berada dalam genggaman kontinjen negara apabila dua pasangan badminton negara akan berentap pada final acara beregu campuran pada Sukan SEA ke-31, esok.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Faizal harap kontinjen negara terus buru pingat
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap atlet negara terus berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan koleksi pingat di Sukan SEA ke-31.

Sukan SEA Hanoi: Pecutan bertenaga Nur Aiman Zariff sumbang emas ke-37 Malaysia
Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff menampilkan pecutan bertenaga di penghujung saingan untuk merangkul pingat emas acara lebuh raya lelaki Sukan SEA ke-31.

Sukan SEA Hanoi: Ismail Sabri ucap tahniah, bangga pencapaian atlet Keluarga Malaysia
Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian atlet Keluarga Malaysia.

Sukan SEA Hanoi: Malaysia dijangka capai sasaran 36 emas pada hari ke-13
Tumpuan peminat sukan tanah air pada hari ke-13 pastinya terarah kepada pencapaian atlet negara dalam mencapai sasaran 36 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31.

Sukan SEA Hanoi: Boling raih pingat perak acara berpasukan lelaki, wanita
Skuad boling lelaki dan wanita negara masing-masing meraih pingat perak acara berpasukan di Sukan SEA Hanoi, hari ini.