POLIS Sepanyol telah mengesahkan penahanan empat pemain Real Madrid atas dakwaan berhubung video seks bawah umur.
Seorang pemain daripada pasukan simpanan kelab itu, Castilla, dan tiga daripada pasukan Cnya, yang tidak dinamakan, telah disoal siasat oleh pihak berkuasa kerana disyaki mengedarkan video kandungan seksual yang melibatkan kanak-kanak bawah umur.
Mereka semua telah dibebaskan berikutan soal siasat dan rampasan data daripada telefon bimbit mereka.
Polis berkata, aduan pertama kali difailkan oleh ibu kepada seorang gadis berusia 16 tahun yang dikatakan muncul dalam video itu, yang pihak berkuasa menyatakan dibuat tanpa persetujuannya sebelum dikongsi di WhatsApp.
“Mereka ditahan kerana disyaki mengedarkan video dengan kandungan seksual yang melibatkan kanak-kanak bawah umur,” kata jurucakap Guardia Civil.
Gergasi LaLiga Madrid telah mengulas mengenai penahanan tersebut.
Dalam satu kenyataan berbunyi, “Seorang pemain Castilla dan tiga pemain Real Madrid C telah memberikan kenyataan kepada Guardia Civil berhubung aduan atas dakwaan penyebaran video peribadi di WhatsApp.
"Apabila kelab mempunyai pengetahuan yang lebih terperinci, kami akan akan mengambil langkah yang selanjutnya."
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Sat Sep 16 2023

Seorang pemain daripada pasukan simpanan kelab itu, Castilla, dan tiga daripada pasukan Cnya, yang tidak dinamakan, telah disoal siasat oleh pihak berkuasa. - Foto Stadium Astro

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lebih 180 kanak-kanak terbunuh dalam sehari di Gaza akibat serangan Israel - UNRWA
Lebih 180 kanak-kanak Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza dalam tempoh sehari ketika serangan dahsyat terus dilancarkan ke atas wilayah itu.

KBS cari calon CEO Jawatankuasa Sukan SEA, Para ASEAN 2027
KBS sedang mencari calon yang akan menggalas tugas sebagai CEO bagi Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-15 yang akan berlangsung di tanah air pada 2027.

Peniaga jual lemang harga Rahmah RM10 sebatang
Seorang peniaga lemang Shamsur Ezam Mohd Afandi, menjual lemangnya dengan harga lebih rendah iaitu RM10 sebatang.

6 terbunuh, 9 cedera apabila kapal selam pelancong tenggelam di Laut Merah Mesir
Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera pada Khamis apabila sebuah kapal selam pelancong tenggelam di Laut Merah.

Kes tipu pembelian dalam talian meningkat, kerugian lebih RM19 juta setakat ini
Kes penipuan pembelian dalam talian yang direkodkan awal tahun ini sehingga Isnin lepas, meningkat 36.9 peratus dengan 2,328 kes dicatatkan melibatkan kerugian berjumlah lebih RM19 juta.

Lelaki maut diserang buaya ketika berenang di Teluk Palu, Indonesia
Seorang kelasi berusia 51 tahun maut akibat diserang buaya ketika berenang di Teluk Palu, Sulawesi Tengah, pada pagi Khamis, menurut pihak berkuasa.
10 Berita Pilihan - (27 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 28 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Empat pemain remaja Real Madrid ditahan, disyaki edar video seks bawah umur
Polis Sepanyol telah mengesahkan penahanan empat pemain Real Madrid atas dakwaan berhubung video seks bawah umur.

Piala Thomas: Senarai akhir perseorangan negara diputuskan Khamis ini
Selain jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei, yang sudah pasti dijamin slotnya ke Bangkok, dua lagi kekosongan menjadi tanda tanya.