KUALA LUMPUR: Gandingan juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik enggan menjanjikan 'bulan dan bintang' berhubung sama ada mereka mampu menamatkan kemarau lima tahun bagi wakil tuan rumah merangkul gelaran Masters Malaysia.
Sebaliknya, beregu di ranking kedua dunia itu mahu membuktikan keupayaan mereka terlebih dahulu pada kejohanan yang bakal berlangsung di Axiata Arena, bermula 23 hingga 28 Mei ini
Aaron, 26, yang mengakui teruja dan gementar untuk beraksi di hadapan penyokong sendiri pada kejohanan yang menjadi Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pertama menawarkan mata ranking ke 'Race to Paris' itu, berkata mereka sedang membuat persiapan rapi bagi saingan tersebut.
"Kita susah nak cakap (sama ada boleh menang gelaran atau tidak), jadi saya rasa kita jangan cakap tapi buat dulu, lepas buat baru cakap.
"Tempoh kelayakan (setahun) ke Olimpik juga sudah nak mula pada 1 Mei, jadi semua kejohanan dalam tempoh ini penting. Kita berharap boleh kekalkan prestasi dengan konsisten," katanya pada sidang media kejohanan itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini, pada Isnin.
Kali terakhir wakil Malaysia merangkul gelaran Masters Malaysia pada edisi 2017 apabila Tan Kian Meng-Lai Pei Jing muncul juara beregu campuran, manakala Datuk Lee Chong Wei merupakan pemain paling cemerlang dengan lima gelaran (2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016) sejak edisi sulung pada 2009.
Edisi 2021 dibatalkan susulan pandemik COVID-19.
Aaron juga mengakui bahawa pendekatan ABM menggunakan latihan simulasi video sejak awal bulan ini, membantu mereka meningkatkan prestasi dengan hasilnya diharap dapat dilihat pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) bermula 25 hingga 30 April ini di Dubai.
"Ia membantu kita untuk betulkan kesilapan yang selalu kita lakukan, kurangkan kesilapan mudah. Saya tidak boleh kongsi banyak kerana ada privasi," jelasnya.
Prestasi Aaron-Wooi Yik sebelum ini dilihat tidak konsisten ketika siri kejohanan di Eropah pada bulan lepas.
Sementara itu, Wooi Yik, 25, berkata mereka sudah membuat persiapan rapi untuk BAC dan berharap mencapai prestasi yang baik supaya memperoleh keyakinan menjelang tempoh kelayakan Olimpik Paris 2024, yang bakal bermula dengan Piala Sudirman pada 14-21 Mei di Suzhou, China.
"Banyak yang kita perbaiki dari segi skil, taktikal, pertukaran dan untuk kita lebih serasi ketika perlawanan. Kita harapkan ini boleh bantu, namun kita tak nak letakkan harapan yang tinggi untuk BAC, sebab ada banyak lagi kejohanan lebih penting selepas itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023
Beregu di ranking kedua dunia itu mahu membuktikan keupayaan mereka terlebih dahulu pada kejohanan yang bakal berlangsung di Axiata Arena, bermula 23 hingga 28 Mei ini. - Gambar fail
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Enggan janji 'bulan dan bintang' - Aaron
Beregu itu mahu membuktikan keupayaan mereka terlebih dahulu pada kejohanan yang bakal berlangsung bermula 23 hingga 28 Mei ini.