LUIS Enrique memuji aksi David De Gea sebagai salah seorang penjaga gol terbaik dunia selepas bintang Manchester United itu menampilkan aksi memukau ketika membantu Sepanyol menundukkan England 2-1 dalam Liga Negara-negara UEFA di Wembley.
De Gea memastikan perlawanan pertama Enrique selaku pengendali skuad La Roja berakhir dengan kemenangan apabila melakukan aksi tangkas menafikan usaha Marcus Rashford dalam babak pertama sebelum terlibat dalam detik kontroversi sehingga menafikan lawan untuk meraih satu mata.
Danny Welbeck menjadikan kedudukan 2-2 tetapi gol itu dibatalkan kerana pengadil mendakwa kekasaran dilakukan ke atas De Gea ketika cuba menangkap bola.
Selepas dikritik hebat susulan persembahan buruk Sepanyol dalam Piala Dunia, di mana mereka tersingkir dalam pusingan kedua di tangan Russia, aksi De Gea ketika bertemu England membolehkannya menerima pujian Enrique.
"Saya sangat gembira dengan persembahan De Gea," kata Enrique.
"Dia merupakan salah seorang penjaga gol terbaik dunia dan telah membuktikannya setiap minggu dalam Liga Perdana Inggeris.
"Saya tidak pernah meraguinya. Kesilapan kadangkala boleh meningkatkan anda."
Dalam masa sama, pemain tengah Atletico Madrid, Saul Niguez, yang menyamakan kedudukan buat Sepanyol dalam babak pertama selepas Rashford meletakkan England di depan, turut menerima pujian Enrique.
"Untuk Saul, saya sangat menyukainya," tambah Enrique.
"Dia memiliki skil dan sangat bijak. Seorang pemain yang sempurna," katanya.
Bagaimanapun, walaupun berpuas hati dengan keputusan yang diraih susulan jaringan kemenangan dariada Rodrigo sebelum rehat, Enrique memberitahu pemain-pemainnya untuk memberi perhatian kepada aksi seterusnya berdepan Croatia.
"Saya rasa kemenangan ini bagus untuk semua. Ia cara sempurna untuk memulakan saingan, menundukkan England di Wembley.
"Bola sepak adalah sesuatu yang terkini dan kemenangan itu kini sudah berlalu. Kami memikirkan tentang aksi seterusnya berdepan Croatia.
"Secara keseluruhan, ia kemenangan yang bagus," ujarnya.
Astro Arena
Sun Sep 09 2018
Luis Enrique (tengah) ketika perlawanan antara England dan Sepanyol dalam Liga Negara-negara UEFA di Stadium Wembley, London, 8 Sept, 2018. (AP Photo/Frank Augstein)
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Pekebun durian musang king gagal dapat kebenaran semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi tolak permohoan pekebun musang king untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Inspektor polis ditahan disyaki lakukan amang seksual fizikal
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual fizikal
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
Batal lawan Yaman, Papua New Guinea jadi pengganti
PERLAWANAN persahabatan antara skuad Harimau Malaya menentang Yaman yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 20 Jun ini terpaksa dibatalkan.
Tiada permit, forum tampil empat calon Kuala Selangor batal
Penganjur memohon maaf atas pembatalan forum itu yang sepatutnya diadakan di One Plaza pada jam 8 malam.
PRU15: Debat polisi calon Parlimen Muar dibatalkan
Program Debat Polisi antara tiga calon yang bertanding di kerusi Parlimen Muar yang dijadualkan berlangsung malam ini, dibatalkan.
Piala Dunia Qatar: Aksi kelayakan Brazil-Argentina dibatalkan
Empat pemain Argentina didakwa telah melanggar protokol COVID-19.
Elon Musk batal pembelian Twitter AS$44 bilion
Musk berkata langkah itu diambil selepas syarikat gergasi media sosial itu gagal mengemukakan maklumat tentang akaun palsu di platform itu.
Vietnam batal penganjuran Sukan Para ASEAN 2021
Ini adalah kali kedua APG dibatalkan susulan pandemik dengan pertama kali membabitkan edisi 2019 di Manila, Filipina.
Badminton Terbuka Malaysia dibatalkan dua tahun berturut-turut
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini mengesahkan bahawa Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia dibatalkan buat tahun kedua berturut-turut.
Giliran Piala Cabaran 2021 dibatalkan
Kejohanan Piala Cabaran 2021 turut tidak terlepas daripada terkena tempias pandemik COVID-19 apabila dibatalkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.