awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Arsenal bedil habis Forest di Emirates

Sinar Harian
Sinar Harian
13/09/2025
23:45 MYT
EPL: Arsenal bedil habis Forest di Emirates
Zubimendi (kiri) dan Mikel Merino meraikan gol yang dijaringkan ketika perlawanan EPL antara Arsenal dan Nottingham Forest di London, 13 Sept 2025. (Foto AP)
ARSENAL kembali ke rentak kemenangan selepas menewaskan Nottingham Forest, 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates pada Sabtu, sekali gus menebus kekecewaan selepas tunduk 0-1 kepada Liverpool di Anfield pada 31 Ogos lalu.
Bintang baharu, Martin Zubimendi mencuri tumpuan apabila meledak dua gol pertamanya bersama The Gunners, manakala Viktor Gyokeres turut menyumbang satu gol.
Arsenal bermula garang dan membuka jaringan pada minit ke-34 apabila sepakan sudut Noni Madueke gagal dikeluarkan kemas, sebelum Zubimendi melepaskan voli kencang yang terbias Murillo untuk menewaskan penjaga gol, Matz Sels.
Forest kendalian pengendali baharu Forest, Ange Postecoglou hampir menyamakan kedudukan menerusi Morgan Gibbs-White, namun percubaannya dalam kotak penalti sekadar tersasar.
Separuh masa kedua, skuad kendalian Mikel Arteta menambah gol kedua seawal seminit selepas sepak mula apabila Eberechi Eze yang membuat penampilan sulung dalam kesebelasan utama, bijak menghantar bola kepada Gyokeres untuk mudah menolak masuk dari jarak dekat.
Zubimendi kemudian melengkapkan malam gemilang Arsenal dengan gol kedua peribadi menerusi tandukan selepas menyambut hantaran Leandro Trossard pada minit ke-66.
Kemenangan itu cukup melegakan Arteta meskipun beberapa tonggak utama masih dibelenggu kecederaan, termasuk kapten Martin Odegaard yang terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama akibat masalah bahu.
Bagi Postecoglou yang masih belum pernah menewaskan Arteta dalam lima pertemuan (empat kalah, satu seri) aksi sulungnya bersama pasukan itu berakhir dengan kekecewaan.
Arsenal seterusnya bakal berdepan Athletic Bilbao dalam saingan Liga Juara-Juara di Stadium San Mames pada Rabu, manakala Forest akan turun menentang Swansea City dalam aksi Pusingan Ketiga Piala Liga di Stadium Swansea.com pada Rabu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Liga Perdana Inggeris
#Arsenal
#Nottingham Forest
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan