awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup kukuh, cecah paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan
Tiada pemangkin baharu, sentimen berhati-hati asak ringgit ditutup rendah
Rasuah papan iklan, tanah: Selepas tujuh jam, bekas menteri selesai beri keterangan di SPRM

EPL: Guardiola abaikan prestasi semasa Liverpool menjelang kunjungan City ke Anfield

Astro Arena
Astro Arena
15/10/2022
01:45 MYT
EPL: Guardiola abaikan prestasi semasa Liverpool menjelang kunjungan City ke Anfield
Guardiola percaya City tetap akan menghadapi cabaran yang luar biasa. - Foto AP
PEP GUARDIOLA mengabaikan permulaan perlahan Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini menjelang kunjungan Manchester City ke Anfield malam esok dengan berkata: "Tiada apa mengubah perasaan saya terhadap Liverpool."
City dan Liverpool merupakan dua pasukan terbaik EPL sepanjang tiga daripada empat musim lalu tetapi The Reds ketika ini ketinggalan 13 mata gara-gara permulaan buruk mereka musim ini.
Pungutan 10 mata yang dikumpulkan Liverpool selepas lapan perlawanan musim ini merupakan rekod terburuk mereka sejak musim 2012-13 (sembilan mata) dan pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu juga setakat ini telah tewas dua perlawanan dan ia merupakan jumlah sama yang dilakukan mereka sepanjang musim lalu.
Ia menunjukkan penurunan prestasi ketara seteru itu selepas mereka hampir meraih empat gelaran musim lalu tetapi Guardiola percaya City tetap akan menghadapi cabaran yang luar biasa.
"Saya pernah mengalami di Anfield, di mana kami beraksi dengan amat baik (sebelum ini)," kata Guardiola. "Ia situasi berbeza tetapi anda perlu melaluinya dengan berada di tahap yang amat-amat tinggi.
"Di Anfield, menang atau kalah, kami perlu mempamerkan perwatakan yang luar biasa. Ia perlawanan bola sepak, Liverpool lawan yang penting berdasarkan kualiti yang mereka miliki.
"Liverpool hampir meraih empat gelaran semusim. Disebabkan dua perincian, mereka tidak dapat mencapai apa yang tidak pernah dilakukan kelab Inggeris.
"Saya langsung tidak memberikan sebarang perhatian kepada situasi yang dialami mereka sewaktu baik atau buruk. Mereka sedar dalam beberapa musim lalu, kami melalui paling banyak kejohanan dan gelaran dan ia benar-benar amat sengit.
"Kami sedikit lebih baik, terutama dalam EPL tetapi tiada apa dapat mengubah apa yang saya rasa terhadap Liverpool," katanya.
Topic Berkaitan
#EPL
#Pep Guardiola
#Liverpool
#Manchester City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.