awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Liverpool bazir kelebihan sebelum akur seri dengan Arsenal

Astro Arena
Astro Arena
12/05/2025
00:50 MYT
EPL: Liverpool bazir kelebihan sebelum akur seri dengan Arsenal
Pemain Liverpool Curtis Jones (kanan) cuba menghalang pemain Arsenal Bukayo Saka (dua, kanan) ketika perlawanan EPL antara Liverpool dan Arsenal di Stadium Anfield, Liverpool, England, 11 Mei 2025. (Foto AP)
ARSENAL bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk mengikat perlawanan 2-2 ketika bertemu Liverpool di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris, di sebalik menamatkan perlawanan dengan 10 pemain berikutan kad merah dilayang kepada Mikel Merino.
Arsenal, yang masih lagi bersaing untuk menamatkan saingan di tempat kedua, memberikan penghormatan kepada Liverpool sebelum sepak mula dan seperti memberikan jalan mudah buat The Reds.
Dua gol yang diledak dalam tempoh 87 saat membenarkan Liverpool mendahului menerusi Cody Gakpo pada minit ke-20 sebelum Luis Diaz menggandakan kelebihan.
Bagaimanapun, Arsenal bangkit selepas separuh masa, dengan Gabriel Martinelli menanduk masuk hantaran silang Leandro Trossard pada minit ke-47 sebelum Merino menyamakan kedudukan pada minit ke-70.
Merino tidak dapat menghabiskan perlawanan berikutan dua terjahan keras terhadap Darwin Nunez dan Dominik Szoboszlai menyaksikan dia dilayangkan dua kad kuning ketika permainan berbaki 11 minit.
Arsenal bertahan sehingga tamat permainan dan menyaksikan Liverpool terpaksa meratapi keputusan seri di laman sendiri.
Topic Berkaitan
#Arsenal
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami