awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Liverpool lebur rekod tanpa kalah di laman sendiri

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2021
23:54 MYT
EPL: Liverpool lebur rekod tanpa kalah di laman sendiri
Pemain Liverpool, Alisson beraksi bersama pemain Burnley, Matthew Lowton dalam perlawanan EPL antara Liverpool dan Burnley di Anfield, Liverpool, Britain, 21 Jan, 2021. REUTERS
REKOD 68 perlawanan tanpa kalah Liverpool di laman sendiri akhirnya lebur.
Ini selepas The Reds tumpas 0-1 kepada Burnley.
Babak pertama menyaksikan tiada jaringan dihasilkan. Gol Burnley hanya hadir ketika tujuh minit sebelum wisel penamat.
Ashley Barnes meledakkan jaringan hasil sepakan penali. Dia sebelum itu dijatuhkan penjaga gol Allison.
Kali terakhir The Reds tewas di laman sendiri adalah empat tahun lalu ketika menentang Crystal Palace.
Kekalahan kepada Burnley bermakna The Reds kini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga, Manchester United.
Sementara kemenangan mengejutkan Burnley ke atas Liverpool melonjakkan mereka ke tangga ke-16, kelebihan tujuh mata dari zon penyingkiran.
Topic Berkaitan
#EPL
#Burnley
#Liverpool
#Crystal Palace
#Ashley Barnes
#Manchester United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan