awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Manchester United curi satu mata berharga dari Anfield

Astro Arena
Astro Arena
06/01/2025
01:00 MYT
EPL: Manchester United curi satu mata berharga dari Anfield
Aksi Amad Diallo meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukan ketika perlawanan EPL antara Liverpool dan Manchester United di stadium Anfield, Liverpool, England, 5 Jan 2025. (Foto AP)
AMAD Diallo menjadi watak penting selepas menjaringkan gol penyamaan ketika membantu Manchester united bangkit untuk meraih keputusan seri 2-2 berdepan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield, awal pagi tadi.
The Red Devils terlebih dahulu menghasilkan jaringan pembukaan pada minit ke-52 menerusi rembatan kencang Lisandro Martinez untuk menewaskan Alisson Becker, sebelum Cody Gakpo kembali menyamakan kedudukan selang tujuh minit kemudian untuk kedudukan terikat 1-1.
Namun, pasukan tuan rumah diberikan sepakan penalti apabila bola terkena tangan Matthijs de Ligt selepas pengadil perlawanan melakukan Video Bantuan Pengadil (VAR).
Mohamed Salah meletakkan namanya sebagai penjaring selepas mudah menewaskan Andre Onana untuk The Reds mendahului buat kali pertama 2-1 pada minit ke-70.
Begitupun, Amad terus mencipta sensasi - turut menjaringkan gol kemenangan 2-1 berdepan Manchester City bulan lalu - dengan jaringan penyamaan selepas menerima hantaran lintang Alejandro Garnacho yang masuk sebagai pemain gantian.
31 - Mo Salah has 18 goals and 13 assists in 19 Premier League games this season, the most goal involvements ever by a player in their first 19 appearances of a campaign in the competition, overtaking Luis Suárez's 30 in 2013-14 (23 goals, 7 assists). Throne. pic.twitter.com/QpNVAnD7DN
— OptaJoe (@OptaJoe) January 5, 2025
United berpeluang membawa pulang tiga mata berharga, namun Harry Maguire mensia-siakan peluang terhidang di hadapan gawang apabila rembatannya tersasar melepasi palang gol untuk perlawanan berakhir dengan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.
The Red Devils memberikan fokus sebanyak 54% pada serangan di bahagian sayap kiri sepanjang perlawanan, berbanding hanya 27.9% di bahagian kanan untuk memecahkan kubu pasukan lawan.
Fight until the end for the badge @Snapdragon#MUFC || #ShotOnSnapdragon pic.twitter.com/t9p4dch6IB
— Manchester United (@ManUtd) January 5, 2025
Topic Berkaitan
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester United
#Liverpool
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan