awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Manchester United tidak kemuka rayuan insiden kad merah Casemiro

Astro Arena
Astro Arena
14/03/2023
01:45 MYT
EPL: Manchester United tidak kemuka rayuan insiden kad merah Casemiro
Susulan kad merah yang diterima, Casemiro (gambar) perlu menjalani penggantungan empat perlawanan domestik, sekali gus bermakna dia akan terlepas perlawanan suku akhir Piala FA menenentang Fulham hujung minggu ini. - Gambar fail/Astro ARENA
MANCHESTER United tidak akan mengemukakan rayuan terhadap penggantungan empat perlawanan yang dikenakan ke atas Casemiro selepas pemain itu dilayangkan kad merah sewaktu menentang Southampton hujung minggu lalu.
Semakan video bantuan pengadil (VAR) memastikan Casemiro selayaknya mendapat kad merah kerana terjahan berbahaya yang dilakukannya ke atas Carlos Alcaraz dalam babak pertama perlawanan di Old Trafford itu.
Pemain tengah itu turut dilayangkan kad merah sewaktu United menewaskan Crystal Palace 2-1 bulan lalu, sekali gus menjadi pemain pertama kelab itu menerima dua kad merah dalam satu musim Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Nemanja Vidic menerima nasib sama dalam kempen 2013-14.
Kad merah keduanya dalam kempen kali ini menyaksikan Casemiro perlu menjalani penggantungan empat perlawanan domestik dan ia bermakna, dia akan terlepas perlawanan suku akhir Piala FA menenentang Fulham hujung minggu ini selain tiga aksi liga bertemu Newcastle United, Brentford dan Everton.
Pengurus United, Erik ten Hag, mempertikaikan keputusan berkenaan selepas perlawanan itu dengan mendakwa terjahan yang dilakukan pemain berusia 31 tahun itu "keras tetapi bersih" dan melabel keputusan itu sebagai "boleh dipertikaikan".
United awal pagi tadi mengesahkan bahawa mereka tidak akan mengemukakan rayuan terhadap penggantungan pemain kebangsaan Brazil itu kerana berpendapat mereka "tidak memiliki peluang besar untuk mengubah penggantungan itu".
Casemiro, bagaimanapun, dapat memperkuatkan United ketika mereka berkunjung ke laman Real Betis bagi perlawanan kedua pusingan 16 Liga Europa (UEL) pada awal pagi Jumaat ini, di mana The Red Devils akan membawa bekalan besar selepas mencatatkan kemenangan 4-1 di Old Trafford minggu lalu.
A decision has been made on whether the club will appeal @Casemiro's suspension.#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) March 13, 2023
Topic Berkaitan
#Manchester United
#EPL
#kad merah
#Casemiro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan