awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Mykhailo Mudryk, Armando Broja pastikan Chelsea ungguli aksi Derby London dengan Fulham

Astro Arena
Astro Arena
03/10/2023
01:20 MYT
EPL: Mykhailo Mudryk, Armando Broja pastikan Chelsea ungguli aksi Derby London dengan Fulham
Mudryk (kiri) meraikan bersama rakan-rakan selepas menjaringkan gol pembukaan pasukannya ketika EPL antara Fulham dan Chelsea di Craven Cottage, London, 2 Okt 2023. (Foto AP)
FULHAM 0 CHELSEA 2
Mykhailo Mudryk dan Armando Broja menemui sasaran untuk Chelsea menewaskan Fulham 2-0 dalam aksi 'Derby London' Liga Perdana Inggeris (EPL) di Craven Cottage awal pagi tadi.
Mudryk membuka jaringan pada minit ke-18 sebelum Broja menggandakan kelebihan itu hanya berselang seminit untuk memberikan The Blues tiga mata yang dicari-cari mereka.
Keputusan itu menyaksikan Chelsea menamatkan kemarau tiga perlawanan tanpa kemenangan berturut-turut dan memberikan kelegaan buat Mauricio Pochettino, di mana pasukannya kini sudah mula mengubah nasib mereka.
Chelsea memulakan aksi dengan bersemangat, di mana pasukan pelawat itu lebih banyak menguasai kawasan lawan dan menunjukkan aksi positif di bahagian tengah menerusi gandingan Cole Palmer dan Enzo Fernandez, yang melakukan umpanan licik kepada Mudryk sebelum penyerang berkenaan melakukan larian pantas yang disusuli dengan percubaan pertamanya pada minit ke-10.
Bagaimanapun, pemain kebangsaan Ukraine itu tidak mensia-siakan peluang keduanya untuk meletakkan Chelsea di depan dengan memanfaatkan hantaran Levi Colwill bagi menewaskan Bernd Leno, sekali gus menamatkan penantian jaringan pertamanya bersama The Blues.
Seminit selepas itu, Chelsea menggandakan kelebihan mereka apabila Palmer, yang kali pertama tersenarai sebagai kesebelasaan permulaan pasukan pelawat berkenaan, menggunakan kesilapan hantaran lawan untuk melakukan lorongan kepada Broja yang kemudian disudahkan ke gawang lawan.
Kemenangan itu menyaksikan Chelsea kini menduduki tangga ke-11 EPL.
Topic Berkaitan
#EPL
#Chelsea
#Fulham
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan