NEWCASTLE UNITED 0 LEICESTER CITY 0
Penjaga gol, Nick Pope, memastikan Newcastle United sah layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan dengan berbaki satu perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mempamerkan aksi tangkas untuk menafikan kemenangan penting Leicester City, yang berusaha untuk kekal dalam saingan divisyen utama berkenaan.
Pemain yang menyertai The Magpies dengan tanda harga £10 juta (RM56.59 juta) itu menafikan percubaan voli Timothy Castagne pada minit kedua waktu kecederaan di St James' Park awal pagi tadi untuk memastikan keputusan 0-0 kekal sehingga wisel terakhir.
Percubaan Callum Wilson dan Miguel Almiron kedua-duanya terkena tiang tetapi hanya satu mata yang diperlukan Newcastle untuk mengesahkan tiket ke saingan utama peringkat benua itu musim depan -- buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.
Nasib berbeza menimpa Leicester, yang kini ketinggalan dua mata daripada zon selamat dan perlu meraih kemenangan dalam aksi terakhir menentang Wast Ham biarpun nasib mereka bukan lagi di tangan sendiri.
Newcastle bimbingan Eddie Howe kemudian menerima sorakan padu daripada 52,152 penyokong selepas wisel penamat, di mana mereka layak ke saingan UCL buat kali ketiga sepanjang sejarah kelab itu dan jauh lebih awal berbanding sasaran yang ditetapkan sewaktu pemilik baru mereka dari Arab Saudi mengambil alih kelab itu pada Oktober 2021. - Stadium Astro
Astro Arena
Tue May 23 2023
Penjaga gol, Nick Pope, memastikan Newcastle United sah layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan dengan berbaki satu perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Liga Kejuaraan: Leicester tandatangani Harry Winks daripada Tottenham
Harry Winks menjadi pemain pertama dibeli dalam era pengurus baharu The Foxes, Enzo Maresca.
EPL: Newcastle layak ke UCL selepas seri dengan Leicester
Nick Pope nafikan cubaan voli Timothy Castagne pada minit kedua waktu kecederaan di St James' Park awal pagi tadi.
EPL: Leicester sah lantik Smith selaku pengurus ganti Rodgers
Leicester City mengesahkan pelantikan Dean Smith selaku pengurus baharu kelab itu bagi jangka masa singkat sehingga penghujung musim ini.
Martinelli bantu Arsenal lanjut rentak kemenangan
Skuad kendalian Mikel Arteta itu bangkit dan meninggalkan Stadium King Power dengan kemenangan yang cukup meyakinkan.
Rashford mahu teruskan rentak jaringan bersama Man Utd
Rashford dua kali menjaringkan gol ketika United menang terus ke atas pasukan Brendan Rodgers, ketinggalan lima mata di belakang Arsenal.
Ten Hag label persembahan United seperti 'sampah'
United bernasib baik untuk mendahului 1-0 pada separuh masa melalui jaringan klinikal Marcus Rashford pada minit ke-25.
EFL: Newcastle layak ke separuh akhir buat kali pertama sejak 1976
Newcastle perlu menunggu terlebih dahulu bagi undian separuh akhir.
EPL: Gol sendiri Faes hadiahkan kemenangan liga keempat berturut-turut Liverpool
Pemain pertahanan itu melakukan percubaan tepat ke sasaran gawang sendiri dua kali pada separuh masa pertama awal pagi tadi.
EPL: Gol berganda James Maddison bantu Leicester raih kemenangan pertama
Keputusan itu sudah pasti menambahkan tekanan yang sedang dihadapi pengurus Forest, Steve Cooper.
Gabriel Jesus menjadi-jadi di Arsenal
Jesus muncul pemain pertama yang merekodkan lebih satu gol dalam penampilan sulungnya untuk The Gunners dalam kempen liga.