awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Salah buktikan kualiti dengan gol berganda ke atas Bournemouth - Slot

Astro Arena
Astro Arena
02/02/2025
03:15 MYT
EPL: Salah buktikan kualiti dengan gol berganda ke atas Bournemouth - Slot
Salah menjaringkan gol dalam kedua-dua separuh masa untuk memberikan The Reds kemenangan liga ketiga berturut-turut. - Stadium Astro
BOURNEMOUTH 0 LIVERPOOL 2
Arne Slot berkata Mohamed Salah telah membuktikan kualitinya dengan menjaringkan kedua-dua gol Liverpool ketika menewaskan Bornemouth 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Vitaliti lewat malam tadi.
Kemenangan itu menyaksikan Liverpool kini berkelebihan sembilan mata di tangga teratas EPL.
Salah menjaringkan gol dalam kedua-dua separuh masa untuk memberikan The Reds kemenangan liga ketiga berturut-turut, di mana dia menyudahkan sepakan penalti susulan insiden Lewis Cook menjatuhkan Cody Gakpo dalam babak pertama sebelum melakukan penyudah lencong gemilang pada 15 minit terakhir.
Penyerang Mesir itu kini menjaringkan 20 gol liga semusim buat kali kelima (juga dalam musim 2017-18, 2018-19, 2020-21 dan 2021-22).
"Mungkin jaringan keduanya menjadi pemisah kedua-dua pasukan," kata Slot kepada Sky Sports . "Ia peluang yang mudah dan dia menjaringkannya tetapi dia telah membuktikan kualiti yang dimilikinya." - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#EPL
#Mohamed Salah
#Arne Slot
#Liverpool
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan