awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Ten Hag dinamakan Pengurus Terbaik Bulanan

Astro Arena
Astro Arena
11/03/2023
01:30 MYT
EPL: Ten Hag dinamakan Pengurus Terbaik Bulanan
Erik ten Hag dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi bulan Februari. - Foto Twitter/Premier League
ERIK ten Hag dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi bulan Februari, sekali gus melengkapkan dua gelaran buat Manchester United selepas Marcus Rashford turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bulanan baru-baru ini.
Ten Hag meraih 10 mata daripada empat perlawanan EPL sepanjang bulan lalu, di mana mereka hanya keciciran mata ketika terikat 2-2 dengan Leeds United di laman sendiri.
Selain mencatatkan kemenangan ke atas Crystal Palace dan Leicester City, United kemudian menewaskan Leeds 2-0 dalam satu lagi perlawanan di Elland Road -- berselang empat hari selepas terikat di Old Trafford.
Pasukan bimbingan Ten Hag itu turut membawa prestasi cemerlang mereka untuk menamatkan kemarau trofi hampir enam tahun dengan menewaskan Newcastle United dalam final Piala Liga Inggeris (EFL) selain menyingkirkan Barcelona daripada saingan Liga Europa (UEL).
Dengan turut memenangi anugerah sama pada September lalu, dua gelaran yang dimenangi Ten Hag itu kini meletakkannya sebaris dengan pemenang dua kali sebelumnya seperti Kenny Dalglish, Roberto Mancini dan Thomas Tuchel. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Erik ten Hag
#EPL
#pengurus terbaik
#Manchester United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan