awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: West Ham pecat Julen Lopetegui

Astro Arena
Astro Arena
09/01/2025
03:30 MYT
EPL: West Ham pecat Julen Lopetegui
Julen Lopetegui (gambar) menjadi perhatian selepas dia dibenarkan untuk berbelanja besar dengan pembelian beberapa pemain, namun hanya melakar keputusan yang hambar buat pasukan. - Gambar fail AP
WEST Ham dalam sebuah kenyataan media hari ini mengambil keputusan untuk memecat jurulatihnya, Julen Lopetegui, berkuat kuasa serta-merta dengan bekas jurulatih Chelsea dan Brighton, Graham Potter, dikhabarkan akan mengisi tempat kosong itu.
Pemecatan itu susulan kekalahan 1-4 kepada Manchester City minggu lalu dengan The Hammers kini menduduki tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas hanya mengumpul 23 mata daripada 20 perlawanan.
Bekas jurulatih Sepanyol itu menggantikan David Moyes pada Mei 2024 dan merupakan tugasan keduanya - selepas mengendalikan Wolves pada November 2022 hingga Ogos 2023 - dalam kancah bola sepak Inggeris.
Jurulatih berusia 58 tahun itu menjadi perhatian selepas dia dibenarkan untuk berbelanja besar dengan pembelian pemain seperti Max Kilman, Crysencio Summerville, Niclas Fullkrug and Aaron Wan-Bissaka, namun hanya melakar keputusan yang hambar buat pasukan.
West Ham United can confirm that Head Coach Julen Lopetegui has today left the Club.
— West Ham United (@WestHam) January 8, 2025
Topic Berkaitan
#EPL
#West Ham United
#pecat
#Julen Lopetegui
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan