JOHOR BAHRU: Bekas penyerang Argentina Esteban Solari dilantik sebagai ketua jurulatih kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam usaha memantapkan lagi pasukan senior, musim hadapan.
Mengumumkan perkara itu, pemilik kelab JDT Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah Solari yang kini pembantu jurulatih pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) Argentina bersetuju untuk bersama-sama dengan JDT.
"Saya secara peribadi mengagumi dan telah mengenali beliau beberapa tahun. Beliau kini berada dalam skuad B-23 Tahun Argentina bersama Javier Mascherano.
"Beliau juga menerima tawaran daripada beberapa kelab seperti River Plate dan skuad remaja Argentina. Saya berjaya meyakinkan beliau untuk bersama kami bagi meneruskan projek pembangunan kelab JDT," titah baginda dalam satu wawancara yang dimuat naik di Facebook Johor Southern Tigers, Rabu.
Tunku Ismail bertitah Hector Bidoglio pula akan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Teknikal JDT, menggantikan Alistair Edwards yang kini menggalas tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab berkenaan.
Antara strategi bagi menghadapi saingan musim hadapan, Tunku Ismail bertitah kelab itu juga akan membawa masuk tiga pemain import dalam usaha untuk memantapkan lagi barisan hadapan pasukan tersebut.
Baginda bertitah perbincangan untuk membawa masuk seorang penyerang Brazil dan dua pemain Sepanyol kini sudah mencapai 80 peratus.
"Kami akan mendapatkan satu pemain tengah dari Sepanyol untuk 'back up' Leandro Velasquez.
"Kami juga akan mendapatkan khidmat pemain pertahanan kiri, juga dari Sepanyol, yang boleh bermain di beberapa posisi seperti sayap kiri, sayap kanan ataupun penyerang. Pada masa yang sama, seorang lagi penyerang dari Brazil," titah Tunku Ismail.
Jelas Tunku Ismail, selain mendapatkan khidmat pemain import berkenaan, pihaknya juga akan mendapatkan seorang pemain tempatan selain menyenaraikan beberapa pemain muda yang dinaikkan pangkat daripada pasukan JDT II.
"Kita akan masukkan tiga atau empat pemain yang bermain di JDT II tahun ini ke pasukan utama JDT pada musim hadapan," titah baginda.
Tunku Ismail menjelaskan keutamaan JDT adalah untuk menilai seberapa jauh pasukan itu boleh mara dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) selain mengetengahkan pemain muda dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022

Hector Bidoglio akan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Teknikal JDT, menggantikan Alistair Edwards yang kini menggalas tugas sebagai CEO JDT. - Facebook Johor Southern Tigers

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA
Ker Ying tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi.

Felcra lancar beras harga RM13 sekampit bagi 5kg
Beras yang dijual RM10 pada harga promosi itu, 100 peratus dikeluarkan di estet padi negeri Perak.

Dibenarkan keluar hospital selepas sembuh dari Bronkitis
Pope Francis yang dirawat di sebuah hospital di Rom telah dibenarkan keluar pada Sabtu. Ia selepas beliau mendapat rawatan sejak Rabu lalu.

'Mula-mula dulu tak ada pemain nak masuk JDT'
Katanya, ada pemain yang tidak yakin untuk menyertai JDT selain risau berdepan beberapa masalah seperti tunggakan gaji pada ketika itu.

Khairy dilantik Penasihat Belia Johor - TMJ
Bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

TMJ tak minat jadi pengurus Harimau Malaya - Hamidin
Pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berminat memegang sebarang jawatan dalam pasukan negara termasuk sebagai pengurus skuad Harimau Malaya, kata Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Stadium Sultan Ibrahim kemungkinan besar venue aksi Harimau Malaya
"Ramai yang menawarkan venue, tetapi kalau nak katakan stadium yang terbaik setakat ini ialah Stadium Sultan Ibrahim." - Setiausaha Agung FAM

Tak boleh terima hakikat kelab kecil dari Asia mendahului - Tunku Ismail
Menurut Tunku Ismail, pengadil dari Serbia itu juga gagal mengawal perlawanan.

KJ bakal sertai pengurusan JDT?
Hantaran terbaru Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagram miliknya, memberi bayangan Khairy bakal menyertai pengurusan JDT.

Tolonglah ubah sikap! TMJ kesal masih ramai tidak prihatin aspek kebersihan
Kerja pembersihan yang dilakukan petugas tidak akan beri impak jika masyarakat tidak memainkan peranan, kata TMJ.

TMJ tawar Harimau Malaya guna Stadium Sultan Ibrahim
TMJ tawar Stadium Sultan Ibrahim sebagai venue alternatif untuk kegunaan skuad Harimau Malaya sementara tunggu padang SNBJ siap diselenggara.

Tunku Ismail tinjau skuad Harimau Malaya berlatih
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan meninjau sesi latihan pasukan negara di padang Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya petang ini.

Sultan Ibrahim berkenan terima menghadap PM Anwar
Sultan Ibrahim berangkat tiba di istana tersebut pada 9.34 pagi, diikuti Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim 10 minit kemudian.