CRISTIANO Ronaldo dan rakan-rakan melayakkan diri ke separuh akhir selepas menewaskan Poland 5-4 menerusi penentuan penalti, kemaraan keempat Portugal dalam lima kejohanan.
Pemain gantian, Ricardo Quaresma menjaringkan gol kemenangan yang hampir diselamatkan penjaga gol, Lukasz Fabianski selepas tendangan Jakub Blaszczykowski ditepis keluar Rui Patricio.
Berdasarkan prestasi semasa, Poland menjadi pilihan untuk mara namun kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang jika dilihat pada barisan pemain yang diturunkan.
Mesin gol Bayern Munich, Robert Lewandowski menyentak Portugal ketika permainan baru sahaja dua minit bermula dengan tampanan bola ke kanan gol melewati Rui Patricio, hasil hantaran rendah Kamil Grosicki.
Ia merupakan gol pertama Lewandowski sepanjang kempen kali ini, di mana kali terakhir beliau menjaringkan gol adalah pada Euro 2012 iaitu penampilan pertamanya dalam kejohanan tersebut.
Portugal kemudian bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain muda, Renato Sanches hasil gerakan satu-dua dengan Nani sebelum merembat deras dari luar petak penalti pada minit ke-33.
Kedua-dua pasukan menggandakan asakan, terutamanya daripada Cristiano Ronaldo yang membuat lima percubaan membolosi gawang Poland, namun hanya satu menepati sasaran tetapi gagal menewaskan Fabianski.
Tiada sebarang gol dijaringkan sehingga tamat 90 minit permainan, juga pada masa tambahan yang memaksa perlawanan di Marseille itu diheret ke penentuan penalti.
Cristiano Ronaldo, Sanches dan Joao Moutinho masing-masing berjaya menyudahkan penalti dengan baik untuk Portugal, begitu juga Lewandowski, Arkadiusz Milik dan Kamil Glik untuk Poland.
Namun selepas Nani berjaya meletakkan Portugal 4-3 di depan, malang menimpa Poland yang menampilkan corak permainan yang lebih meyakinkan sepanjang perlawanan apabila tendangan pemain tengah Jakub Blaszczykowski gagal memperdaya Rui Patricio.
Portugal akan menerima tentangan Wales atau Belgium yang akan berentap di Lille awal pagi Sabtu waktu Malaysia.
Israr Khalid
Thu Jun 30 2016
Pemain Portugal meraikan kejayaan mereka mara ke separuh akhir selepas menundukkan Poland dalam penentuan penalti. - Foto AFP
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Euro 2020: Cristiano Ronaldo idola semua orang - Griezmann
Tanpa mengira apa jua keputusan pertembungan mereka kelak, Griezmann memuji Ronaldo dan Messi yang disifatkannya sebagai inspirasi.
Michel Platini dibebaskan
Bekas Presiden UEFA, Michel Platini dibebaskan selepas selesai siasatan berhubung penganugerahan hak penganjuran Piala Dunia dan juga Euro 2016.
Final Piala Dunia: Lloris mahu elak kekecewaan Euro 2016
Hugo Lloris berharap Perancis tidak akan mengulangi kegagalan Euro 2016 ketika berdepan Croatia dalam final Piala Dunia, malam ini.
England, Belgium buru sagu hati
Thomas Meunier berkata menewaskan England untuk perebutan tempat ketiga malam esok kini menjadi keperluan minimum untuk Belgium dalam Piala Dunia 2018.
Ibrahimovic tidak campur tangan, kata Andersson
Jurulatih Sweden, Janne Andersson, menegaskan Zlatan Ibrahimovic tidak mempengaruhi persediaan pasukan berkenaan menjelang aksi pembukaan dengan Korea Selatan, malam esok.
Bola sepak persahabatan: Brazil tebus maruah kalahkan Jerman
Gabriel Jesus muncul wira Brazil dengan gol kemenangan untuk menebus kekalahan memalukan pada 2014.
Ibrahimovic mungkin beraksi di Rusia?
Ibrahimovic mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan selepas Euro 2016, selepas dia gagal untuk menjaringkan gol dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan sekaligus tersingkir awal.
Cristiano Ronaldo diangkat sebagai Raja Media Sosial
Selain hebat di padang dan membawa kejayaan untuk pasukan, Ronaldo juga menjadi pujaan jutaan peminat sedunia di media sosial.
Awas dendam Sepanyol - Bonucci
Anak buah Vicente del Bosque bertandang ke Perancis dengan harapan untuk melakar kejuaraan ketiga, namun disingkirkan Itali yang ketika itu dikendalikan Antonio Conte dalam pusingan 16 terakhir.
Griezmann tidak berhak raih anugerah Euro 2016 - Leboeuf
Bekas pemain antarabangsa Perancis, Frank Leboeuf, berasakan penyerang berusia 25 tahun itu tidak cukup konsisten untuk layak meraih anugerah berkenaan.