CHRISTIAN Eriksen berkata dia berasa 'baik' selepas pegawai perubatan menyelamatkan nyawanya ketika rebah dalam perlawanan Denmark bertemu Finland bagi saingan Euro 2020.
Pemain tengah Inter, Eriksen, diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) di atas padang dalam separuh masa pertama di Copenhagen selepas tumbang ketika perlawanan sedang berlangsung.
Rakan senegaranya, Kasper Schmeichel, melaporkan pada Isnin bahawa Eriksen sudah 'senyum dan ketawa' di hospital, sementara doktor pasukan, Morten Boesen, mengesahkan pemain berusia 29 tahun itu mengalami serangan jantung.
Boesen berkata Eriksen 'sudah tiada' sebelum pegawai perubatan berusaha untuk membantu Eriksen bangkit semula.
Kini Eriksen telah memuat naik gambar pertamanya dalam hospital sambil tersenyum.
Dia menulis mesej yang dimuat naik ke laman Twitter Persekutuan Bolasepak Denmark (DBU), "Hai semua. Terima kasih banyak atas ucapan dan mesej manis dan menakjubkan dari seluruh dunia. Ini sangat bermakna bagi saya dan keluarga saya.
"Saya dalam keadaan baik. Saya masih lagi menjalani beberapa ujian di hospital, tetapi sudah berasa baik. Sekarang saya akan memberikan sokongan kepada pasukan Denmark dalam perlawanan berikutnya.
"Bermain untuk seluruh Denmark. Dari Christian."
DBU pada Isnin menyatakan Eriksen kini dalam keadaan yang baik dan stabil.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ejennya, juga pada Isnin, bekas pemain tengah Ajax dan Tottenham, Eriksen mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantunya dan berjanji untuk mencari punca dan sebab bagaimana serangan jantung itu berlaku.
Kapten Denmark, Simon Kjaer, dipuji secara meluas kerana menghentikan Eriksen daripada menelan lidahnya dan meletakkan rakan sepasukannya itu dalam kedudukan pemulihan.
UEFA pada mulanya menangguhkan perlawanan, tetapi dipersetujui bahawa perlawanan akan disambung dengan kemenangan memihak Finland 1-0.
Astro Arena
Tue Jun 15 2021

Eriksen mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantunya dan berjanji mencari punca dan sebab bagaimana serangan jantung itu berlaku. - Gambar fail/Astro ARENA

Ketepikan perbezaan, bersatu sebagai satu pasukan demi Sabah - Masidi
Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun mengajak semua pemimpin mengetepikan perbezaan dan kepentingan parti selain bersatu sebagai satu pasukan demi negeri tercinta.

17 kematian warga Indonesia dicatatkan di Depot JIM Tawau dalam tempoh 18 bulan
Antara punca kematian mengikut laporan bedah siasat yang diterima ialah disebabkan penyakit bawaan seperti sakit jantung dan pneumonia.

Aaliyah sasar tampil lebih hebat di dua kejohanan utama
Atlet berusia 19 tahun itu berkata prestasinya kali ini menjadi petanda ke arah pencapaian yang lebih baik akan datang.

Rayuan peguam cabar pengenalan levi pelepasan ditangguh, peguam kanan persekutuan tidak sihat
Panel tiga hakim dalam prosiding mahkamah dalam talian dimaklumkan bahawa Suzana Atan sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

Jenayah komersial di N. Sembilan rekod 1,747 kes babit kerugian RM45.1 juta
Kes penipuan mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,676 kes dengan kerugian RM39.7 juta, diikuti Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (38 kes, RM27,420).

Tweet Terbaharu | Elon Musk beli Manchester United?
Pengasas Tesla, Elon Musk menimbulkan pelbagai spekulasi selepas memuat naik ciapan menerusi akaun Twitter yang mengatakan, beliau akan membeli Manchester United. Namun, susulan itu, Musk menjelaskan beliau hanya berjenaka.

Pemandu maut, kelindan cedera, lori tangki terbalik di Selama
Kemalangan melibatkan sebuah lori tangki terbabas di bahu jalan menyebabkan dua orang tersepit.

AWANI Ringkas: Crackhouse Comedy Club ditutup selamanya
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Salah Guna Kuasa | Suami isteri didakwa berhubung kerja penilaian RM575,360
Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan salah guna kuasa serta bersubahat berhubung kerja-kerja penilaian harta Majlis Perbandaran Klang (MPK) bernilai RM575,360.

Sebahagian besar isu utama perjanjian nuklear Iran selesai - AS
Rundingan tidak langsung antara Iran dan AS, dengan Kesatuan Eropah sebagai perantara, berakhir di Vienna awal bulan ini dengan mencapai draf perjanjian.

Manchester United umum tandatangani Christian Eriksen
Eriksen merupakan pemain ejen bebas selepas kontrak jangka pendeknya tamat di Brentford.

Eriksen impi kembali beraksi di pentas Liga Juara-Juara
Eriksen mengalami serangan jantung ketika bermain untuk Denmark, Jun tahun lalu, ketika Euro 2020 menentang Finland.

Christian Eriksen kembali bermain pada hari jadi ke-30
Brentford menandatangani Eriksen pada Januari lalu dengan satu kesepakatan sehingga penghujung musim ini.

Eriksen kembali ke Inter buat pertama kali sejak alami serangan jantung
Christian Eriksen telah kembali ke tempat latihan Inter untuk pertama kalinya sejak serangan jantungnya dalam saingan Euro 2020.

Euro 2020: Eriksen dibenarkan keluar hospital selepas pembedahan jantung
Christian Eriksen telah selamat menjalani pembedahannya dan dibenarkan untuk keluar daripada Rigshospitalet, kata DBU.

Euro 2020: Eriksen muat naik gambar di media sosial
Doktor pasukan, Morten Boesen, mengesahkan pemain berusia 29 tahun itu mengalami serangan jantung.

Latihan pertolongan cemas dalam talian: Apakah ia berkesan dan dibenarkan?
OSHA US pada tahun 2012 telah menetapkan latihan pertolongan cemas dan CPR yang dijalankan secara online sahaja tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan di dalam standard CFR 29 - OSHA 1910.15

Euro 2020: Eriksen beri pesanan dalam kumpulan WhatsApp Inter - Marotta
Ia menunjukkan betapa kuat hubungan sesama pemain kami, kata ketua pegawai eksekutif Inter Milan.

Euro 2020: Gol bersejarah Pohjanpalo ditenggelami insiden Eriksen
Joel Pohjanpalo memastikan kemenangan bersejarah Finland pada minit ke-60 menerusi gol tunggalnya ke atas Denmark.

Euro 2020: Dua gol Lukaku pastikan kemenangan selesa Belgium
Lukaku dilihat berkata kepada kamera siaran langsung 'Chris, saya sayang kamu' ketika meraikan jaringan pertamanya.