awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro 2020: Tandukan Dumfries pastikan kemenangan dramatik Belanda

Astro Arena
Astro Arena
14/06/2021
00:55 MYT
Euro 2020: Tandukan Dumfries pastikan kemenangan dramatik Belanda
Denzel Dumfries (kiri) berebut bola dengan pemain Ukraine Marlos ketika perlawanan Euro 2020 kumpulan C antara Belanda dan Ukraine di Arena Johan Cruijff, Amsterdam, Belanda, 13 Jun, 2021. (Foto AP)
BELANDA 3 UKRAINE 2
Gol antarabangsa pertama pada lewat permainan yang dihasilkan oleh Denzel Dumfries memastikan kemenangan dramatik 3-2 buat Belanda ketika menentang Ukraine dalam perlawanan pertama Euro 2020 awal pagi tadi.
Penjaga gol Ukraine, Georgi Bushchan, mengecewakan Oranje dengan siri aksi menyelamat cemerlangnya dalam babak pertama tetapi kesilapan yang dilakukannya membuka peluang buat kapten Belanda, Wijnaldum, untuk membuka jaringan pada awal separuh masa kedua.
Wout Weghors kemudian menambah gol kedua Belanda dalam perlawanan Kumpulan C itu di Arena Johan Cruijff tetapi kapten Ukraine, Andriy Yarmolenko, menghidupkan peluang negaranya menerusi gol pada 15 minit terakhir.
Roman Yaremchuk memanfaatkan kealpaan pertahanan Belanda untuk kembali mengikat kedudukan di Amsterdan tetapi Dumfries menanduk masuk gol kemenangan Belanda pada lima minit terakhir untuk memastikan tiga mata pertama buat negaranya.
What a moment for Denzel Dumfries! First international goal = opening game winner #EURO2020 pic.twitter.com/K5LlxE05Lc
— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) June 13, 2021
Topic Berkaitan
#Belanda
#Ukraine
#Euro 2020
#Denzel Dumfries
#Georgi Bushchan
#Wout Weghors
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan