Sehubungan dengan itu, pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, juga tidak berjaya menjaringkan sebarang gol dalam tempoh 90 minit sepanjang lima perlawanan Portugal bermain dalam kejohanan paling berprestij Eropah itu.
Dalam masa sama, desas-desus mengatakan bahawa ini adalah penampilan terakhirnya mewakili skuad kebangsaan tersebut dalam EURO berkemungkinan menjadi kenyataan susulan gagal membawa skuad kendalian Roberto Martinez itu ke pentas akhir kejohanan.
Pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali itu hanya mencipta dua jaringan sahaja dalam dua penentuan sepakan penalti ketika bertemu Slovania dan Perancis. - Stadium Astro