awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Ratusan di Sweden bantah serangan berterusan Israel ke atas Gaza, gesa gencatan senjata
DUNIA
Bunuh, kerat 9 mangsa, ‘Pembunuh Twitter’ akhirnya ke tali gantung
MALAYSIA
Kontraktor perlu bertindak pantas tangani aduan kecacatan Hospital Pasir Gudang - JKR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

EURO B21: England pertahan kejuaraan buat kali kedua

Astro Arena
Astro Arena
28/06/2025
23:40 MYT
Sponsor Banner
EURO B21: England pertahan kejuaraan buat kali kedua
James McAtee menjulang trofi meraikan kejayaan memenangi final Kejuaraan Eropah Bawah 21 antara England dan Jerman di Tehelne, Bratislava, Slovakia, 28 Jun 2025. REUTERS
ENGLAND berjaya mempertahankan gelaran Kejuaraan Eropah Bawah 21 dengan kemenangan 3-2 dalam masa tambahan ke atas Jerman.
England mempamerkan permulaan yang cemerlang apabila Harvey Elliott menampan masuk gol percubaan Omari Hutchinson yang dinafikan terlebih dahulu oleh penjaga gol Jerman, Noah Atubolu, pada minit kelima.
The Young Lions terus mendominasi permainan apabila James McAtee melakukan lorongan buat Hutchinson yang melepaskan rembatan leret sekali lagi menembusi Atubolu 19 minit kemudian.
McAtee hampir membenarkan England mendahului dengan tiga jaringan namun dinafikan Atubolu pada minit ke-40, dengan Nelson Weiper kemudian mengurangkan defisit jaringan buat Jerman, tandukan kencang yang gagal dinafikan James Beadle.
Jerman akhirnya kembali mengikat jaringan, Paul Nebel menghadirkan sentuhan magis selepas perlawanan melewati 60 minit waktu permainan, menjadikan perlawanan kembali terbuka.
Nebel hampir melengkapkan kebangkitan Jerman namun percubaannya sekadar menggegar palang.
Ketua jurulatih Lee Carsley melakukan percaturan membawa masuk Jonathan Rowe sebagai pemain gantian dan hanya memerlukan 85 saat untuk mencipta impak sekali gus memastikan kemenangan.
Jerman mengasak memberikan tekanan namun England berjaya mengekang kemaraan lawan sebelum dinobat sebagai juara buat kali kedua berturut-turut.
Topic Berkaitan
#Jerman
#England
#Kejuaraan Eropah Bawah 21
#UEFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami