awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

F1: Kontrak GP Australia di Melbourne dipanjangkan hingga 2035

Astro Arena
Astro Arena
16/06/2022
04:36 MYT
F1: Kontrak GP Australia di Melbourne dipanjangkan hingga 2035
Perlumbaan F1 kembali ke Melbourne pada Arpil lalu selepas dua tahun tidak diadakan di sana berikutan pandemik COVID-19.- REUTERS
GRAND PRIX Australia akan kekal di Merbourne sehingga 2035 selepas Formula 1 (F1) bersetuju untuk memanjangkan kontrak di litar berkenaan yang sepatutnya tamat pada 2025.
Dengan itu, saingan Formula 2 dan Formula 3 juga akan kembali ke litar berkenaan buat kali pertama pada 2023.
Perlumbaan F1 kembali ke Melbourne pada Arpil lalu selepas dua tahun tidak diadakan di sana berikutan pandemik COVID-19.
Dengan penonton kembali membanjiri venue itu dengan rekod baru tahun ini -- kehadiran 419,000 penonton merupakan rekod tertinggi bagi satu acara sukan pada hujung minggu di Australia -- Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali, meluahkan kegembiraannya selepas perlumbaan di ALbert Park itu akan dikekalkan untuk tempoh yang panjang.
"Saya dengan sukacitanya mengesahkan bahawa Melbourne dan Litar Albert Park akan terus berada dalam kalendar Formula 1 sehingga 2035.
"Perlumbaan ini sentiasa digemari penonton, pemandu dan pasukan dan Melbourne merupakan bandar antarabangsa yang hebat dan aman, di mana ia pasangan yang sempurna untuk sukan ini.
"Tahun ini, kami dapat melihat kedatangan penonton yang ramai dan bersemangat di Grand Prix ini dan kami amat teruja dengan masa depan sukan ini untuk terus berkembang di Australia," kata Domenicali. *Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Grand Prix
#Melbourne
#Australia
#F1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan