SUKAN
FA, FC sentiasa bergerak seiring - Presiden FAM

Mohd Joehari bercakap pada sidang media selepas mesyuarat bersama Persatuan Bola Sepak Negeri dan Kelab Bola Sepak di Wisma FAM, Kelana Jaya, 30 Mei 2025. --fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan hubungan antara persatuan bola sepak (FA) dan kelab bola sepak (FC) tidak pernah terputus malah sentiasa diperkukuhkan melalui pendekatan baharu yang lebih menyeluruh demi memastikan pembangunan bola sepak negeri berada dalam keadaan lebih sihat.
Ringkasan AI
- Hubungan FA dan FC kekal kukuh FAM menegaskan bahawa hubungan antara Persatuan Bola Sepak Negeri (FA) dan Kelab Bola Sepak (FC) masih rapat dan saling bekerjasama demi pembangunan bola sepak negeri.
- Pendekatan baharu FAM diterima baik Presiden FAM memperkenalkan pendekatan baharu seperti mesyuarat berkala dan lawatan ke negeri-negeri bagi memperkukuh kerjasama FA dan FC serta memastikan pengurusan lebih tersusun.
- Prestasi pemain muda dan isu pemain warisan FAM memuji pemain muda Ubaidullah atas aksi cemerlang menentang Cape Verde dan memaklumkan status pemain warisan Rodrigo Holgado akan diumumkan oleh ketua jurulatih.
"Pada hakikatnya, semua itu tidak benar kerana kebanyakan FC kini masih dimiliki oleh FA. Jadi FA masih bertanggungjawab terhadap kebajikan FC," katanya selepas mesyuarat bersama kepimpinan tertinggi FA dan FC di Wisma FAM di sini semalam.
Mengulas mengenai sesi libat urus yang diadakan, Johari menzahirkan keyakinan bahawa pendekatan baharu FAM itu mendapat sambutan positif daripada semua pihak terlibat.
"Semuanya memang sentiasa berjalan dengan baik. Sebab itu, sebagai presiden pendekatan baharu saya adalah untuk mengadakan mesyuarat lebih kerap antara FA dan FC.
"Kita sendiri akan turun dari satu negeri ke satu negeri untuk memastikan perkara ini, selain berbincang dan mengadakan dialog dengan mereka lebih kerap," katanya.
Beliau turut menekankan FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan terus berganding bahu dan mengambil pendekatan lebih agresif dalam memastikan pengurusan kelab dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan bertanggungjawab.
"Sebab itu kita adakan mesyuarat hari ini antara FA dan FC...penglibatan FA dan FC ini dapat mewujudkan gabungan tenaga bagi memastikan bola sepak negeri menjadi lebih sihat. Itu salah satu kaedah yang kita akan gunakan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Joehari turut memuji persembahan luar biasa pemain muda negara, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili yang berjaya menyerlah ketika menentang Cape Verde pada Selasa lepas sekali gus membuktikan pemain tempatan memiliki kualiti tinggi untuk bersaing di pentas antarabangsa.
"Ubaidullah adalah Man of the Match, sesuatu yang dia sendiri pun tak sangka dan kita pun tak sangka. Ubaidullah ini saya rasa kamu media pun tahu perkembangan dia, iaitu daripada skuad projek zaman saya menjadi pengurus. Amat membanggakan," katanya.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, skuad Harimau Malaya mempamerkan semangat juang tinggi apabila berjaya mengikat pasukan di ranking ke-72 dunia itu dengan keputusan 1-1.
Sementara itu, mengenai status pemain warisan, Rodrigo Holgado, sama ada akan menyertai pasukan Malaysia dan diturunkan dalam aksi kedua Kumpulan F pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, beliau berkata perkara itu akan diumumkan sendiri oleh ketua jurulatih, Peter Cklamovski.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami