HANOI: Pemain sayap sensasi negara Mohamad Faisal Abdul Halim mempunyai misi serampang dua mata pada perlawanan ketiga Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh di sini esok.
Mohamad Faisal, yang meledak keseluruhan tiga gol untuk muncul penjaring terbanyak bersama kejohanan setakat ini, berazam melebarkan rekod jaringannya dan memastikan Malaysia meraih kemenangan sekali gus mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir.
Pemain baharu Selangor FC berusia 24 tahun itu sekali lagi menegaskan skuad Harimau Malaya bertandang ke Hanoi untuk membawa pulang tiga mata dan akan memberikan segalanya di padang untuk merealisasikan perkara tersebut.
"Perlawanan esok adalah aksi yang sukar dan kebanyakan pemain akan beraksi menentang Vietnam buat pertama kali, jadi saya perlu terus meledak gol dan bantu pasukan.
"Kami datang sini untuk menang dan tidak mahu dimalukan kerana mahu keluarga dan rakyat Malaysia bangga. Vietnam ada pemain yang baik tapi kami sudah sedia dengan cabaran mereka," katanya pada sidang media praperlawanan di Ibu Pejabat Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) di sini hari ini.
Pada masa sama, Mohamad Faisal berkata, beliau memiliki keyakinan tinggi terhadap rakan sepasukan meskipun banyak pihak pada awalnya meragui kemampuan skuad itu selepas senarai akhir 23 pemain dikeluarkan susulan ketiadaan ramai pemain utama.
Beliau percaya setiap pemain mempunyai potensi serta berupaya memainkan peranan masing-masing dengan baik namun tidak memiliki peluang dan ruang untuk mempamerkan kemampuan bersama pasukan negara.
Malaysia menewaskan Myanmar 1-0 pada aksi pembukaan kumpulan di Yangon Rabu lepas sebelum membelasah Laos 5-0 di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada Sabtu.
Selepas dua perlawanan, Malaysia mendahului saingan kumpulan dengan mengumpul enam mata, Vietnam dan Singapura yang baru beraksi sekali masing-masing berkongsi tiga mata di posisi kedua dan ketiga manakala Myanmar dan Laos di kedudukan dua tercorot tanpa mata.
Untuk rekod, percubaan Malaysia meraih kemenangan ketika berdepan Vietnam dalam tempoh hampir sedekad ini sering menemui jalan buntu yang menyaksikan badi tanpa kemenangan sejak 2014 masih belum berjaya ditamatkan.
Tempoh lapan tahun kebelakangan ini menyaksikan Malaysia belum berjaya menumpaskan Vietnam dalam semua pertandingan - kalah enam kali dan seri sekali. Kali terakhir Malaysia menang ialah pada separuh akhir kedua Piala AFF 2014 dengan keputusan 4-2.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2022
Pemain sayap itu berazam melebarkan rekod jaringannya dan memastikan Malaysia meraih kemenangan. - Gambar fail
PRK KKB: Keputusan diramal kekal dimenangi penyandang
Sivamurugan berkata, ia banyak ditentukan mengikut situasi yang bakal berlaku dalam tempoh lima hari terakhir dan peratusan keluar mengundi kelak.
'Saya perlu dapatkan semula keyakinan diri' - Zii Jia
Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza
Mereka menekankan keperluan segera untuk gencatan senjata dan membincangkan beberapa inisiatif yang bertujuan menyelesaikan krisis tersebut.
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.
Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.
Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.
Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.
Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.
'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.
FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.
Piala AFF: Vietnam, Thailand terikat 2-2
Vietnam gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 2-2 dengan juara bertahan, Thailand, pada aksi final pertama Piala AFF.
Piala AFF: Tak jangka kalah 3-0 - Mohamad Faisal
Malaysia turun beraksi di Stadium Thammasat di sini dengan misi yang jelas untuk mara ke final dan mempertahankan kelebihan kemenangan 1-0.