awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Faiz Subri perlu masa untuk kembali cergas sepenuhnya - Westwood

Astro Arena
Astro Arena
23/01/2017
07:19 MYT
Faiz Subri perlu masa untuk kembali cergas sepenuhnya - Westwood
Faiz mengakui berasa sedikit tekanan buat dirinya untuk aksi pertama bersama Pulau Pinang selepas pulang dari menghadiri Anugerah FIFA di Zurich, 9 Januari lalu. - Gambar fail
AKSI pertama pemenang Anugerah Puskas 2016, Faiz Subri, dalam Liga Super berakhir dengan kekalahan 2-0 kepada Selangor, namun pengendali Pulau Pinang, Ashley Westwood, tiada rungutan dengan persembahan anak buahnya itu.
Westwood optimis Faiz mampu memainkan peranan penting buat pasukannya musim ini apabila dia mencapai tahap kecergasan terbaiknya.
Pengendali kelahiran England ini menyifatkan Faiz pemain komited dan kejayaan meraih Anugerah Puskas tidak membuatkannya besar kepala.
"Dia terlepas beberapa sesi latihan, jadi kecergasannya bukan berada di tahap yang saya mahukan tetapi saya tahu dia akan mencapai tahap itu kerana dia seorang pemain yang bagus.
"Saya juga sedar dia tidak akan bertahan selama 90 minit tetapi secara keseluruhan saya berpuas hati dengan aksinya," jelas Westwood.
Dalam pada itu, Faiz yang ditemui mengakui berasa sedikit tekanan buat dirinya untuk aksi pertama bersama Pulau Pinang selepas pulang dari menghadiri Anugerah FIFA di Zurich, 9 Januari lalu.
Namun, kekalahan di tangan Selangor pada Sabtu tidak melunturkan semangatnya dan yakin dia dan rakan sepasukan mampu meningkat selepas ini.
"Tekanan itu sentiasa ada tetapi kami sudah lakukan yang terbaik. Kami akan kembali pada Jumaat untuk memberikan yang lebih baik," kata Faiz.
Topic Berkaitan
#Ashley Westwood
#berita bola sepak
#Faiz Subri
#pulau pinang
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan