awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ONSA pastikan internet lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga - MCMC
Gereja bersejarah Vondelkerk musnah dalam kebakaran malam Tahun Baharu
MediaTek lancar cip Dimensity 7100 untuk peranti 5G mampu milik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Faizal mahu skuad hoki negara beraksi di Olimpik

Astro Arena
Astro Arena
22/06/2015
18:00 MYT
Faizal mahu skuad hoki negara beraksi di Olimpik
Faizal, melalui Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), berkata pasukan hoki Malaysia perlu membuktikan bahawa mereka boleh bermain dengan lebih baik dan memenangi separuh akhir Liga Hoki Dunia (HWL) di Antwerp, Belgium. - Foto Astro ARENA
Pemain penyerang Faizal Saari menetapkan impiannya untuk bermain pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
Faizal, melalui Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), berkata pasukan hoki Malaysia perlu membuktikan bahawa mereka boleh bermain dengan lebih baik dan memenangi separuh akhir Liga Hoki Dunia (HWL) di Antwerp, Belgium.
"Saya gembira dapat menyumbangkan gol pertama kepada pasukan Malaysia... ia untuk negara saya, pasukan dan diri sendiri. Penting untuk memperoleh kemenangan pertama kerana ia memberi keyakinan untuk perlawanan seterusnya," katanya kepada FIH.
Skuad hoki negara memulakan kempen separuh akhir HWL dengan mencatat kemenangan 3-2 ke atas China dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B.
Malaysia mendahulu melalui gol cantik Faizal dari sudut sukar pada minit ke-18 sebelum Muhammad Haziq Shamsul menambah gol kedua pada minit akhir separuh masa pertama.
Malaysia menambahkan kelebihan dengan 3-1 pada suku terakhir permainan melalui pukulan sudut penalti yang disempurnakan Kapten Muhammad Razie Abd Rahim.
Kemenangan yang dicapai pada perlawanan Ahad memberi tiga mata kepada pasukan negara yang diletakkan dalam Kumpulan B bersama dengan China, Ireland, Belgium dan England.
Malaysia dijadual bertemu Ireland pada 25 Jun, Belgium pada 26 Jun dan England pada 28 Jun.
Malaysia yang berada pada ranking ke-12 dunia perlu menamatkan saingan pada kedudukan tiga teratas pertandingan bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik tahun depan.
Topic Berkaitan
#antwerp
#Faizal Saari
#Liga Hoki Dunia
#Persekutuan Hoki Antarabangsa
#Rio de Janeiro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan