Legenda tinju dunia, Muhammad Ali, 74, meninggal dunia hari ini selepas dimasukkan ke sebuah hospital akibat masalah pernafasan di Phoenix, Arizona Khamis lalu.
Kita lihat sepintas lalu fakta kehidupan dan turun naik perjalanan kerjaya Allahyarham:
Kelahiran dan Kerjaya Amatur
17 January 1942 - Dilahirkan di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat, nama asalnya Cassius Marcellus Clay Jr. Anak sulung kepada seorang pengecat papan tanda, Cassius Marcellus Clay Sr. Mula mendekati sukan tinju pada umur 12 tahun, apabila seorang pegawai polis Louisville, Joe E. Martin diberitahu Ali, dia akan membelasah pencuri basikalnya. Martin kemudiannya mencadangkan kepada Ali untuk belajar bertinju dahulu.
1954 - Mula beraksi dalam Tomorrow's Champions bersama Martin, dan dalam pada sama berlatih di gimnasium milik Fred Stoner. Stoner merupakan jurulatih Ali sepanjang kerjaya amatur beliau. Di bawah bimbingan Stoner, Ali memenangi Kentucky Golden Gloves sebanyak 6 kali. Sepanjang karier amaturnya, beliau memperoleh beratus kemenangan dan cuma kalah 5 kali.
1960 - Memenangi pingat emas Olimpik dalam kategori light heavyweight.
BACA: Impian setiap pemberita sukan di Malaysia untuk buat liputan Muhammad Ali
VIDEO: Perginya seorang legenda, Muhammad Ali
FOTO: Muhammad Ali, anda terunggul (1942 - 2016)
Kerjaya Profesional
1960 - Kembali ke Louisville selepas kemenangan di Olimpik untuk memulakan kerjaya profesionalnya. Antara kemenangan pertama dalam kerjaya profesionalnya adalah menewaskan Tunney Hunsaker dalam perlawanan 6 pusingan. Peninju lain yang pernah dikalahkan Ali adalah Jim Robinson, Tony Esperti, Donnie Fleeman, George Logan, Alonzo Johnson, Lamar Clark, Willi Besmanoff, Henry Cooper dan Doug Jones.
1964 - Berkahwin buat kali pertama kepada Sonji Roi, namun berpisah 2 tahun kemudian.
25 Febuari 1965 - Ali berhadapan Sonny Liston untuk Kejohanan Dunia. Liston yang dikatakan tidak boleh dikalahkan dilawan habis-habisan oleh Ali sehingga gagal bangkit selepas pusingan ke-6.
26 Febuari 1965 - Sehari selepas mengalahkan Liston, Ali mengumumkan telah memeluk agama Islam, dan memilih untuk tidak menggunakan nama asal yang disifatkan sebagai "nama hamba". Beliau memilih nama Muhammad Ali.
1966 - Diharamkan untuk bertinju di Amerika Syarikat pada tahun 1966, dan kemudian dijatuhi hukuman penjara kerana enggan menyertai tentera Amerika.
1967 - Dilucutkan gelarannya oleh Suruhanjaya Tinju Profesional dan tidak dibenarkan bertanding secara profesional selama tiga tahun.
Ogos 1967 - Berkahwin buat kali kedua dengan Belinda Boyd, dan dikurniakan tiga orang anak perempuan serta seorang anak lelaki sebelum perkahwinan itu dibubarkan pada tahun 1976.
1970 - Kembali ke arena tinju.
1971 - Mahkamah Agung AS membatalkan sabitan.
8 Mac 1971 - perlawanan antara Ali dengan Joe Frazier sebanyak 15 pusingan. Ali kalah melalui keputusan sebulat suara selepas dipukul pada rahang kiri pada pusingan terakhir.
30 Oktober 1974 - "Rumble in the Jungle", perlawanan Ali menentang George Foreman di Zaire - salah satu daripada kejohanan yang dinanti-nantikan. Foreman menjadi pilihan tetapi Ali menang selepas pusingan kelapan. Beliau mendapat gelaran juara dunia sekali lagi dan mempertahankan gelaran tersebut 10 kali dalam tiga tahun berikutnya.
Penurunan prestasi dalam kerjaya
1 Oktober 1975 - "Thriller di Manila", Ali bertemu Joe Frazier dalam perlawanan tanpa henti. Perlawanan tersebut dianggap sebagai antara yang terbesar pada abad ke-20. Ali menang dengan kalah mati teknikal, tetapi kemudiannya menyatakan perlawanan tersebut adalah perkara yang paling dekat dengan kematian.
1977 - Selepas kekalahan di Manila, Ali mengalami penurunan prestasi mendadak. Beliau cedera parah dalam pertarungan dengan Ernie Shavers, dan kesihatannya terus terjejas sehingga ke fasa akhir kerjayanya.
1977 - Perkahwinan ketiga dengan Veronica Porche. Pasangan itu mempunyai empat orang anak perempuan sebelum berpisah pada tahun 1986.
1979 - Mengumumkan persaraan buat kali pertama.
1980 - Berkeras untuk membuat kemunculan semula bagi melawan juara dunia baru, Larry Holmes. Beliau menerima satu pukulan kuat, sebelum perlawanan dihentikan pada pusingan ke-11.
1981 - Ali akhirnya menerima hakikat kerjayanya di gelanggang telah berakhir dan bersara.
1984 - Didiagnosis dengan "post-traumatic Parkinson", disebabkan kecederaan ketika bertinju.
1986 - Perkahwinan keempat dengan kepada Yolanda Williams, dan mengambil anak angkat.
1996 - Jutaan menonton Ali bergelut untuk mengawal lengan kirinya yang bergetar teruk ketika menyalakan obor Olimpik di Atlanta. Di akhir acara sukan, Ali dianugerahkan pingat emas baru bagi menggantikan pingat yang dibuang beliau pada tahun 1960.
2005 - Dianugerahkan Presidential Medal of Freedom oleh Presiden AS, George W Bush
2012 - Membuat penampilan pada majlis pembukaan Sukan Olimpik London 2012.
2016: Muhammad Ali diumumkan meninggal dunia.
Agensi
Sat Jun 04 2016
Dilahirkan di Louisville, Kentucky Amerika Syarikat, nama asal Muhammad Ali adalah Cassius Marcellus Clay Jr. - Gambar fail
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Muhammad Ali yang saya kenali
Bekas wartawan sukan George Das menceritakan pengalaman manisnya membuat liputan berkaitan jaguh tinju Muhammad Ali.
Dunia kehilangan lebih daripada seorang peninju legenda - Najib
Bekas juara heavyweight dunia itu menghembuskan nafas terakhirnya di Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat pada usia 74 tahun.
Fakta kehidupan dan turun naik kerjaya tinju Muhammad Ali
Kita lihat sepintas lalu fakta kehidupan dan turun naik perjalanan kerjaya Allahyarham Muhammad Ali.
Impian setiap pemberita sukan di Malaysia untuk buat liputan Muhammad Ali - Tony Francis
Ketika zaman kegemilangan Ali, kebanyakan dari perlawanan tinju beliau disiarkan secara langsung di Malaysia.