KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menaruh harapan agar calon pengadil utama Piala Dunia 2026, Muhammad Nazmi Nasaruddin terus menampilkan prestasi tinggi ketika mengadili perlawanan peringkat antarabangsa selepas ini.
Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram berkata Muhammad Nazmi perlu mengekalkan tahap kualiti tinggi ketika menghadiri kursus 'Calon PIala Dunia FIFA 2026' di Qatar pada 25 hingga 29 Feb ini bagi membuka ruang buat pengadil tempatan tersebut dipilih mengadili perlawanan Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Sivasundaram, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, turut berharap agar dua lagi pembantu pengadil, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid dapat menemani Muhammad Nazmi sekiranya terpilih ke Piala Dunia 2026.
"Kami di FAM, terutama Presiden, Datuk Hamidin Haji Mohd Amin telah memberi segala bantuan kepada anda semua dan akan terus memberi sokongan kepada anda bertiga.
"Ini adalah satu permulaan yang amat baik kerana dipilih sebagai calon pengadil Piala Dunia 2026 dan diharap Nazmi, Zairul dan Arif Shamil akan berjaya terpilih sebagai trio pengadil dari Malaysia ke Piala Dunia 2026 nanti," katanya di laman Facebook FAM, hari ini.
Prestasi cemerlang Muhammad Nazmi, Mohamad Zairul dan Mohd Arif Shamil pada kempen Piala Asia 2023 di Qatar, baru-baru ini telah mendapat pengiktirafan daripada FIFA dan AFC sekali gus membolehkan Muhammad Nazmi dipilih secara merit sebagai salah seorang daripada calon pengadil Piala Dunia 2026.
Piala Dunia 2026 dijadual berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024
FAM menaruh harapan agar Muhammad Nazmi Nasaruddin terus menampilkan prestasi tinggi ketika mengadili perlawanan peringkat antarabangsa selepas ini. - Foto Facebook FAM
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Meskipun perubahan adalah biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
Hamidin beri laluan kepada pemimpin baharu lonjak FAM ke tahap lebih tinggi
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan bagi memberi peluang kepada individu lain.
FAM gantung Persatuan Bola Sepak Perlis
(FAM menggantung Persatuan Bola Sepak Perlis daripada menjadi ahli gabungan susulan gagal membayar gaji tertunggak serta pampasan kepada bekas pengarah bola sepak Matt Holland.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.