awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM harus pertimbang pilihan lain - Peguam

Astro Arena
Astro Arena
17/10/2025
00:20 MYT
FAM harus pertimbang pilihan lain - Peguam
NIK ERMAN: Jika kita membuat penambahbaikan di peringkat JPN atas dasar sukan dan sebagainya, mungkin boleh mengurangkan tempoh 10 tahun bermastautin ke lima tahun. - Foto Astro ARENA
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) selepas ini mungkin perlu mempertimbangkan beberapa pilihan lain jika masih melihat keperluan untuk menggunakan khidmat pemain berdarah warisan mahupun naturalisasi.
Apa yang terjadi melibatkan pemalsuan dokumen tujuh pemain berdarah warisan negara memberi kesan mendalam ketika badan induk itu mahu merealisasikan hasrat revolusi Harimau Malaya.
Isu ini mampu menjadi pencetus yang memungkinkan FAM menghantar usul kepada badan dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) agar mempertimbangkan keperluan tempoh lima tahun bermastautin pemain naturalisasi.
"Apa yang Malaysia buat bukanlah unik. Banyak negara lain juga melakukan perkara sama.
"Bukan hanya bola sepak, malah sukan lain juga ada rekrut pemain untuk membantu prestasi pasukan.
"Cumanya, apa yang terjadi kepada Malaysia memiliki masalah.
"Tetapi, jika kita membuat penambahbaikan di peringkat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atas dasar sukan dan sebagainya, mungkin boleh mengurangkan tempoh 10 ke lima tahun.
"Selepas itu, kita tengok pula jika tempoh lima tahun itu lama atau tidak.
"Jika dibawa ke FIFA, mungkin boleh menurutkan ketetapan kepada tiga tahun," kata peguam komersial dan sukan, Nik Erman Nik Rosli.
Bagaimanapun, pilihan kedua lebih menjadi 'pilihan' apabila melibatkan pemain berdarah warisan yang masih menampilkan susur galur 'orang kita' dianggap lebih dekat dengan peminat bola sepak negara.
Namun, perbezaan undang-undang membabitkan perlembagaan negara dan FIFA sendiri membuatkan usaha ini tampak sukar untuk menjadi kenyataan.
"Salah satu cabaran kita ialah salasilah keluarga, kerana tidak mempunyai rekod lengkap.
"Saya ada terbaca ada satu negara iaitu Cape Verde rekrut pemain menerusi aplikasi Linkedin.
"Sekarang ini, rekrut pemain lebih mudah menggunakan teknologi seperti TikTok dan lain-lain. Proses itu wajar digunakan menggunakan kaedah yang sesuai.
"Jika itu sesuatu FAM boleh lakukan, saya dan peminat akan menyokong usaha ini," katanya ketika ditemui wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
Topic Berkaitan
#FAM
#FIFA
#lima tahun bermastautin
#pemain naturalisasi
#pemain warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan