awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor

FAM, jangan angkuh dan ego sangat

Astro Arena
Astro Arena
28/11/2015
04:30 MYT
FAM, jangan angkuh dan ego sangat
ramai pihak telah bersuara dengan kehadiran Singapura ini tidak mendatangkan apa-apa kepada industri bola sepak negara tetapi sebaliknya mendatangkan kebaikan kepada Singapura itu sendiri. - Gambar Astro ARENA
Akhirnya keangkuhan dan keegoan FAM terlerai seketika apabila telah membuat satu keputusan yang tepat apabila mengeluarkan Lions Xii daripada saingan Liga Malaysia.
Dimana sebelum ini ramai pihak telah bersuara dengan kehadiran Singapura ini tidak mendatangkan apa-apa kepada industri bola sepak negara tetapi sebaliknya mendatangkan kebaikan kepada Singapura itu sendiri.
Begitu juga dengan pembubaran dengan skuad harimau muda ini, ia disambut baik kerana tidak membawa impak yang besar dalam kemajuan dan melahirkan pemain-pemain yang mampu bersaing diperingkat tertinggi Asia dan dunia.
Adakah perancangan baru yang dilakukan oleh FAM dalam membangunkan pemain-pemain muda terutama diperingkat akar umbi,memandangkan pada tahun hadapan Liga Malaysia akan diswastakan dan dikendalikan oleh FMLLP.
Ini yang menjadi tanda tanya dalam pemikiran saya ketika ini, apakah FAM sudah membuat satu perancangan atau kaedah yang berkesan dalam melahirkan pemain berkualiti mengikut DNA dan falsafah yang diwujudkan sendiri oleh FAM untuk mencipta indentiti bola sepak Malaysia.
Ini yang amat merisaukan kerana tidak ada 'blue print' atau mewujudkan satu dasar yang wajib dipatuhi oleh setiap ahli gabungan FAM terutama dalam program pembangunan mengikut DNA dan falsafah FAM sekiranya ingin menyertai liga professional negara.
MoU ini perlu ada bersama FMLLP dan tindakkan tegas perlu diambil kepada mana-mana persatuan yang tidak menuruti apa yang diiginkan oleh badan induk bola sepak negara.
Sementara itu FAM juga perlu bijak untuk memastikan pemeggang taruh seperti Kementerian Pendidikan terutamanya dapat menyelaraskan apa yang diinginkan oleh FAM.
Memandangkan KPM bertanggungjawab kepada murid-murid sekolah dan dikalangan jurulatih-jurulatih diperingkat sekolah pula dikuasai oleh guru-guru.
Disini jugalah FAM perlu bekerjasama lebih dekat dengan KPM terutama bahagian sukan untuk sentiasa menyalurkan maklumat-maklumat terkini bola sepak (re-education) jurulatih dan perlu mengadakan penilaian kepada jurulatih-jurulatih dari semasa ke semasa untuk memastikan standard dan kualiti teknik pengajaran mengikut apa yang telah ditetapkan FAM.
Sekiranya tidak lepas piawaiannya jurulatih-jurulatih di peringkat sekolah ini perlu ditarik kembali atau tidak boleh diperbaharui lesennya.
Dengan cara ini sahaja mampu memberi kesedaran kepada jurulatih-jurulatih di sekolah supaya dapat memberi kerjasama dan meningkatkan kualiti dalam memajukan bola sepak negara dan bukan hanya mementingkan KPI diri sendiri. Sekiranya diperingkat sekolah ini dapat diperbetulkan dasarnya saya pasti Malaysia mampu melahirkan ramai pemain-pemain berkaliber dan bermutu tinggi.
Topic Berkaitan
#FAM
#Liga Malaysia
#Lions Xii
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.