awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM nafi Harimau Malaya tarik diri kelayakan Piala Dunia, Piala AFF

Astro Arena
Astro Arena
17/11/2020
06:57 MYT
FAM nafi Harimau Malaya tarik diri kelayakan Piala Dunia, Piala AFF
Kegagalan JDT dapatkan kelulusan MKN untuk melanjutkan kempen ACL di Qatar juga mendorong berita itu tersebar. - Gambar fail
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan laporan di laman sosial yang mengaitkan pasukan kebangsaan akan menarik diri daripada saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 selain Piala AFF 2020.
Semalam, laman sesawang CambodiaFootballNews memetik laporan daripada SMMSport bahawa Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, mengakui Harimau Malaya mempertimbangkan untuk menarik diri daripada kejohanan utama sekiranya COVID-19 terus merebak.
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menyasarkan untuk menamatkan pusingan kelayakan Piala Dunia sekitar Jun 2021 sementara Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) menetapkan kejohanan serantau, Piala AFF, akan diadakan pada tarikh baru iaitu pada Ramadan -- April hingga Mei depan.
Kegagalan Johor Darul Ta'zim (JDT) mendapatkan kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melanjutkan kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Qatar juga mendorong berita itu tersebar.
"Laporan ini adalah tidak benar. Kami di FAM tidak mempunyai rancangan untuk menarik diri daripada mana-mana pertandingan yang dinyatakan itu," jelas Stuart menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media tempatan sebentar tadi.
Kempen Liga Malaysia musim ini berakhir minggu lalu susulan pembatalan Piala Malaysia walaupun pusingan pertama baru tamat selain jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, turut tidak mempunyai kesempatan untuk mengadakan latihan pusat sejak COVID-19 melanda.
- StadiumAstro.com / Shaiful Shamsudin
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAM
#pasukan kebangsaan
#skuad negara
#Piala Dunia
#Piala AFF
#harimau Malaya
#Konfederasi Bolasepak Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan