awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM perlu kaji semula perlawanan dalam bulan Ramadan - FAP

Astro Arena
Astro Arena
23/06/2015
04:00 MYT
FAM perlu kaji semula perlawanan dalam bulan Ramadan - FAP
Semua perlawanan yang berlangsung pada bulan Ramadan ini perlu ditangguh kerana dilihat sebagai tidak adil kepada pemain mahu pun penyokong.
Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) berharap agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengkaji semula jadual perlawanan bola sepak Liga Perdana yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan ini.
Presidennya Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff berpendapat FAM perlu menangguhkan semua perlawanan yang berlangsung pada bulan Ramadan ini kerana dilihat sebagai tidak adil kepada pemain mahu pun penyokong.
"Kalau kita lihat jumlah penyokong yang hadir pada malam ini hanya 1,100 orang sahaja. Dulu kita boleh dapat (jumlah kehadiran penyokong) 60,000 ke 70,000 orang.
Sekarang nak tampung perbelanjaan pun tak boleh, tak kan FAM nak bayar.
"FAM perlu mengkaji semula jadual perlawanan. Saya bersetuju jika perlawanan sepanjang bulan Ramadan ini ditangguhkan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam tadi.
Pulau Pinang berjaya memintas kedudukan Sabah pada tangga kedua liga setelah mencatat kemenangan bergaya 4-1 ke atas SPA Putrajaya FC di Stadium Bandaraya, di sini malam tadi.
Ketika ditanya tentang mutu permainan skuad Harimau Kumbang dalam perlawanan itu, Nazir Ariff berkata pasukan itu menunjukkan persembahan yang baik dan bersemangat pada separuh masa kedua.
Beliau berkata pemain perlu bekerja lebih keras bagi menghadapi 10 perlawanan akan datang termasuk perlawanan menentang pasukan T-Team pada 3 Julai.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Pulau Pinang Jacksen F. Tiago berkata perlawanan pada bulan Ramadan tidak seharusnya menjadi alasan atau halangan kepada skuad itu untuk beraksi cemerlang.
Katanya FAM lebih arif dalam menentukan jadual perlawanan itu dengan mengambil kira beberapa faktor, selain beliau berpendapat pihaknya perlu mengikuti ketetapan yang telah diputuskan oleh FAM.
"Saya rasa mereka yang berada dalam FAM lebih bijak untuk memberi maklumat dan pandangan berhubung perkara ini. Saya sebagai jurulatih luar menghormati (keputusan yang dibuat oleh FAM)," katanya.
Topic Berkaitan
#FAP
#Nazir Ariff Mushir Ariff
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan