awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM rujuk jawatankuasa berhubung isu ketidakhadiran pemain Selangor

Astro Arena
Astro Arena
21/07/2015
10:54 MYT
FAM rujuk jawatankuasa berhubung isu ketidakhadiran pemain Selangor
Hamidin mengesahkan ketiga-tiga pemain Selangor itu, Ahmad Hazwan Bakri, Muhammad Afiq Azmi dan Robert Cornthwaite gagal melaporkan diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Ahad lalu seperti yang telah ditetapkan.
Isu kegagalan tiga pemain Selangor menyertai kem latihan skuad Pilihan Malaysia akan dirujuk kepada jawatankuasa berkaitan sebaik menerima laporan penuh perkara itu.
Setiausaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, laporan itu dijangka diterima daripada jurulatih Dollah Salleh selepas berakhirnya perlawanan antara Pilihan Malaysia dan Kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool, Jumaat ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Hamidin mengesahkan ketiga-tiga pemain Selangor itu, Ahmad Hazwan Bakri, Muhammad Afiq Azmi dan Robert Cornthwaite gagal melaporkan diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Ahad lalu seperti yang telah ditetapkan.
"Sehingga pagi tadi (pagi ini), mereka masih belum melapor diri kerana difahamkan tidak dilepaskan pengurusan pasukan Selangor bagi menghadapi perlawanan menentang Liverpool di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Jumaat ini," katanya.
Menurut Hamidin, Dollah sudah memanggil tiga pemain baharu sebagai pengganti iaitu Christie Jayaseelan (Felda United), S. Kumaahran (Harimau Muda B) dan Vincent Bikana (Terengganu) bagi melengkapkan senarai 20 pemain untuk kem latihan kali ini.
Topic Berkaitan
#Ahmad Hazwan Bakri
#Liverpool
#Muhammad Afiq Azmi
#Pilihan Malaysia
#Robert Cornthwaite
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan