Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mempunyai kuasa untuk meminta pasukan dan kelab tempatan bagi melepaskan pemain masing-masing sekiranya dipanggil untuk tugasan antarabangsa bersama skuad senior atau remaja kebangsaan.
Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, pengurusan pasukan yang lebih arif dalam menentukan perkara berkenaan, namun menegaskan tugas mewakili negara perlu diberi pertimbangan sewajarnya oleh pasukan dan kelab di negara ini.
Beliau yang juga anggota Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir ke majlis menandatangani perjanjian penajaan bagi musim kedua berturut-turut di antara MFL dan Shopee yang merupakan peneraju platform e-dagang terkemuka rantau ASEAN dan Taiwan, di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Mohd Yusoff memaklumkan salah faham komunikasi antara pengendali Terengganu FC II (TFC II), Tengku Hazman Raja Hassan dan Ketua jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee menjadi punca pasukan Liga Premier itu enggan melepaskan pemain mereka, Muhammad Izzan Syahmi Mustapa untuk sesi latihan skuad muda negara yang bermula Ahad lepas di Padang Majlis Sukan Negara.
Beliau bagaimanapun menjelaskan badan induk itu sedang menyelesaikan perkara berkenaan dengan pengurusan TFC II.
Kim Swee sebelum ini dilaporkan kecewa dengan TFC II yang tidak memberi sebarang respons berhubung usaha mendapatkan Muhammad Izzan Syahmi untuk menjalani sesi latihan bersama skuad B-22 negara.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam menjelaskan beliau akan mengemukakan beberapa cadangan kepada anggota Lembaga Pengarah MFL untuk memberikan hak keistimewaan kepada pasukan dalam Liga Malaysia sekiranya mereka bersetuju melepaskan pemain untuk tugasan antarabangsa bersama skuad negara.
"Apa keistimewaan itu masih belum dibincangkan lagi dengan anggota Lembaga Pengarah MFL tetapi mungkin kita boleh ketengahkan satu cadangan jika satu pasukan itu sedia melepaskan pemain, mereka boleh daftar 35 pemain, bukan 30 pemain dalam Liga Malaysia misalnya jika itu memberikan kelebihan kepada sesuatu pasukan.
"Kita tidak boleh memaksa tetapi daripada sudut liga, agenda kebangsaan dan juga kejayaan pasukan kebangsaan adalah satu kejayaan penting buat liga. Ini kerana pasukan kebangsaan berjaya kita pun mendapat sokongan dan minat yang lebih lagi daripada para penyokong, penaja dan sebagainya," katanya.
Beberapa pasukan Liga Super termasuk Felda United, Selangor, Pahang dan Kedah dilaporkan enggan melepaskan pemain masing-masing ke sesi latihan skuad Bawah 22 (B-22) yang akan beraksi pada Kejuaraan B-22 Konfederasi Bola Sepak ASEAN (AFF) di Kemboja dari 17-26 Feb ini.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B, akan memulakan kempen berdepan tuan rumah, Kemboja pada 18 Februari, diikuti Indonesia (20 Februari) sebelum menamatkan pusingan awal menentang Myanmar, selang dua hari kemudian.
Dua pasukan terbaik dari kumpulan A dan B, layak ke separuh akhir pada 24 Februari dan aksi final pula dijadual pada 26 Februari ini, dengan kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Olimpik Kebangsaan Kemboja.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 12 2019
YUSOFF: Tugas mewakili negara perlu diberi pertimbangan sewajarnya oleh pasukan dan kelab di negara ini.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Meskipun perubahan adalah biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
Hamidin beri laluan kepada pemimpin baharu lonjak FAM ke tahap lebih tinggi
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan bagi memberi peluang kepada individu lain.
FAM gantung Persatuan Bola Sepak Perlis
(FAM menggantung Persatuan Bola Sepak Perlis daripada menjadi ahli gabungan susulan gagal membayar gaji tertunggak serta pampasan kepada bekas pengarah bola sepak Matt Holland.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.